Pages

Thursday, February 12, 2015

Nasi Goreng Kerabu

Bahan2nya:
2 cawan nasi
Sedikit ikan bilis, digoreng
Sedikit ikan masin, digoreng dan tumbuk kasar
5 biji cili api dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
2 biji bawang merah dimayang
5 btg kacang panjang
Sedikit kubis, hiris halus
2 btg serai, hiris halus
1 btg bunga kantan, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak masukan bawang putih dan cili api masak sampai kekuningan.
2. Masukkan bawang merah, serai, bunga kantan dan kacang. Kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukan kubis, ikan bilis dan ikan masin. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
4. Hias dengan sedikit bawang goreng, dan sedap dimakan bersama sambal belacan.

Tips:
Berhati-hati jika menambah garam kerana ikan bilis dan ikan masin sudah memberikan rasa masin kepada nasi goreng.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.