Monday, April 13, 2015

Biskut Red Pearl

Bahan2nya:
150g butter - suhu bilik
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes - ramas2 sikit bagi pecah
50g coklat chips
25g almond nibs - bakar kejap untuk garing dan ramas2 sikit bagi pecah
1st esen vanila
ceri merah - dihiris halus dan memanjang

Cara2nya:
1. Pukul butter dan gula hingga sebati. Takyah pukul sampai pucat lesi, cukup setakat gula gaul sebati dengan butter.
2. Campurkan semua bahan kering kecuali ceri merah. Kacau sebati menggunakan sudip kayu.
3. Guna 2 garfu, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar yang diletak baking paper guna non-stick baking paper, jemputkan kecil sikit dari 1/2sb. Adunan akan merebak/meleper jadi jangan ditekan/dipenyek jemputan tu. Elok dia tinggi sikit supaya rangup nanti)
4. Sapukan kuning telur (tak buat pun x pe, sebab nasih lekat lagi cerinya walaupun tak letak kuning telur) dan hias dengan ceri merah.
5. Bakar pada oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 175°C, 20-25min atau bergantung pada oven masing-masing atau hingga tepi biskut agak keperangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.