Sunday, April 05, 2015

Nasi Impit Kuah Kacang Kelantan

Bahan2nya:
6 bungkus nasi impit segera - direbus
500 gram kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan diblender kering(jgn halus sgt)
3 labu bawang besar *
5 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 inci halia *
15 tangkai cili kering - dipotong dan direbus seketika*
3 keping nisan/gula melaka
6 sudu besar gula
5 batang serai - diketuk
garam secukup rasa
1 liter santan
1/2 cawan minyak masak

Cara2nya:
1. Goreng kacang tanpa minyak sehingga rapuh, sejukkan seketika. Buang kulitnya, kemudian blender kering kacang tadi.
2. Blender bahan bertanda ( * )  bawang besar, bawang putih , bawang merah, cili kering dan halia.
3. Panaskan minyak, tumiskan bahan blender tadi dan masukkan juga serai yg telah di ketuk. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan santan dan kacang, kacau seketika.
5. Kemudian masukkan nisan, gula, garam, dan asam keping.
6. Masak hingga terbit minyak dan kuah agak pekat sikit, rasa dulu, kemudian tutup api.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.