Monday, April 13, 2015

Taugeh Celur Ala Chicken Rice Shop

Bahan2nya:
150 gram taugeh - buang ekor, cuci & toskan
2 camca besar kuah sup*
1/2 camca teh serbuk pati ayam*
1/2 camca teh kicap pekat*
1 1/2 camca besar sos tiram*
1 camca besar kicap manis*
1 camca teh minyak bijan*
Sedikit lada sulah
Sedikit garam - jika perlu
Hirisan cili merah - untuk hiasan
Hirisan daun bawang - untuk hiasan
Bawang goreng - untuk hiasan

Cara2nya:
1. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 bertanda (*), kacau rata dan tambah serbuk lada sulah secukup rasa dan secubit garam jika perlu. Kacau rata lagi dan ketepikan.
2. Didihkan air, masukkan sedikit garam. Celur taugeh tadi semalam 20 saat (resipi asal 1 minit, tapi mat suka rangup2). Toskan dan alihkan ke dalam bekas sesuai.
3. Kemaskan taugeh tadi, tuang no.1 rata2. Tabur hirisan daun bawang, cili padi dan bawang goreng. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.