Pages

Monday, May 04, 2015

Kuih Talam - Talam Keladi

::Bahan Lapisan Bawah::
Bahan2nya:
(A)
220gm tepung beras cap bunga teratai
40gm tepung ubi @ tepung kanji
1 1/2 tsp garam
300ml santan pekat - satukan 300ml santan pekat dengan 700ml air menjadi 1 liter cecair santan
700ml air

(B)
250gm keladi bulat isi putih - buang kulit, basuh dgn air garam supaya tidak hitam, potong kiub, kukus 10-15 minit baru timbang)

Cara2nya:
1. Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati.
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B.
3. Kacau sebentar. Tuang ke daam loyang 10"x10"x3".
4. Kukus selama 25 minit.


::Bahan Lapisan Atas::
Bahan2nya:
180gm tepung gandum
220gm gula halus
3 biji telur
300ml santan pekat - satukan dengan 450ml air menjadi 750ml cecair santan
450ml air
1/4 tsp pewarna purple

Cara2nya:
1. Bancuh semua bahan2 di atas. Kemudian tapis ke dalam periuk.
2. Masak sehingga naik wap dan tuang ke atas lapisan bawah.
3. Kukus selama 30 minit dan setiap 5 minit mesti dibuka penutup kukusan (senggeng).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.