Tuesday, May 05, 2015

Kuih Talam - Ubi Kayu

Bahan2nya:
::Bahan Lapisan Bawah::
700gm ubi kayu - diparut & timbang
100ml santan pekat - satukan 100ml santan pekat dengan 300ml air menjadi 400ml cecair santan
300ml air
250gm gula kastor
1/4 pewarna kuning telur
1/4 pewarna lemon yellow
1 tbs tepung jagung - nak bagi keras supaya senang potong

Cara2nya:
1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
2. Masak bahan2 tadi sehingga pekat.
3. Tuang ke dalam loyang 10"x10"x3" dan kukus selama 25 minit.

::Bahan Lapisan Atas::
100gm tepung beras
50gm tepung kanji
50gm tepung gandum
2 tsp garam
300ml santan pekat
700ml air
1/4 tsp air abu/ air kapur (untuk mengental)

Cara2nya:
1. Bancuh kesemua bahan2 di atas.
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap.
3. Tuang ke atas lapisan bawah.
4. Kukus selama 30 minit dan setiap 5 minit mesti dibuka penutup kukusan (senggeng).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.