Pages

Thursday, March 03, 2016

Rempeyek Kacang Ikan Bilis

Bahan-bahan
1 bungkus tepung beras1 bungkus kecil jintan manis - kisar kasar
1 bungkus kecil jintan putih - kisar kasar
1 bungkus kecil biji ketumbar - kisar kasar
100 gram Ikan bilis - dibelah dua
1 sudu teh kapur makan
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
1 sudu teh gula
1/2 kilo kacang tanah atau lebih..
minyak untuk goreng terendam

1 biji kelapa - 4-5 cawan santan cair (buat lebih sebab akan digunakan untuk tambahkan santan cair dari masa ke semasa dalam adunan yang mendap/ mendak)

Cara2nya:
1. Bersihkan dan toskan kacang tanah hingga kering. Kalau lembap nanti kacang tanah kurang rangupnya.
2. Basuh rempah-rempah dan kisar kasar. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk, gaul sebati dengan tangan semua bahan yang telah dikisar bersama tepung beras, kapur makan, gula dan garam. Kemudian baru masukkan santan. Adun dan kacau lagi bancuhan tepung beras dan bahan-bahan tadi hingga kelihatan cair. Jika terlalu pekat, tambahkan santan lagi.
4. Anggaran bancuhan macam adunan lempeng dadar.
5. Ok. Bila nak mula menggoreng, buat satu mangkuk bancuhan yang lain untuk mudah kita jaga pekat/cairnya bancuhan tersebut. Jika adunan agak pekat/mendap, tambahkan lagi santan dari semasa ke semasa.
6. Ambil sesudu bancuhan, masukkan kacang tanah dan ikan bilis di dalam sudu. Layangkan di tepi kuali. Ikut kreativiti sendiri. Biar adunan melorot ke dalam minyak.
7. Biar seminit, lepas itu terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Bila goreng rempeyek kacang tanah, sentiasa telangkupkan, supaya kacang ranggup dan masak sempurna. Api kena jaga, jangan besar. bila permukaan berkacang sudah kecoklatan, baru terbalik kan.
8. Bila kacang telah garing, boleh lah diangkat dan ditoskan rempeyek tersebut. Bila dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara @ tin.



Tips rempeyek rangup:
1) Fungsi air kapur/kapur makan itu ialah bagi merangupkan lagi rempeyek dan masa menggoreng rempeyek ini, gunakan api sederhana supaya rempeyek tidak merah atau terlalu garing.
2) Jika tak suka letak ikan bilis, bolehlah letakkan kacang tanah sahaja semasa proses menggoreng rempeyek dilakukan.
3) Saya suka lakukan proses menggoreng rempeyek dua kali. Caranya?  Selepas seminit, terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Kemudian angkat dan toskan. Keadaan rempeyek sekadar lembap dan masak. Kemudian biarkan dalam 3-4 jam, letakkan dalam dulang besar.
4) Setelah itu barulah goreng rempeyek kacang tanah itu semula. Bila telah garing dan cantik warnanya, angkat dan toskan. Macam biasa, api kena jaga, jangan besar sangat.
5) Selepas sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara. Dengan melakukan proses menggoreng rempeyek 2 kali ini, rempeyek kacang tanah lebih rangup dan lazat.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.