Tuesday, May 03, 2011

:: E ::

:: Extrak ::
Perasa asli yang diperoleh daripada makanan.


:: Epal ::
English: Apple
Buah epal, samada berbentuk bulat atau bujur, ditanam di kebanyakan kawasan beriklim sejuk. Selalunya ia mempunyai rasa manis, dan ada juga sedikit rasa masam, tat, dan tawar- bergantung kepada jenisnya. Epal boleh dimakan begitu sahaja, atau bolehdicampurkan bersama salad, hidangan daging, dan pencuci mulut. Epal juga diproses untuk dibuat pai, tat, jus, sos epal, jem, agar-agar, dan cuka. Epal yang dikeringkan pula boleh digunakan untuk kek dan pastri. Peribahasa ada mengatakan, makan sebiji epal setiap hari akan mengelakkan kita berjumpa doktor. Epal mengandungi vitamin C dan komponen anti-oksida lain yang mengurangkan risiko kanser dengan mengelakkan kerosakan DNA. Ia tidak mengandungi kolestrol dan kaya dengan kalori.

:: Epal hutan ::
Buah yang kecil dan masam bagi pokok epal liar. Epal hutan biasanya dimakan mentah dan boleh dibuat agar-agar dan gula-gula untuk skon. Ia tidak ditanam secara komersial dan tidak mudah didapati di pasaran.


:: Epal Ketam ::
Sejenis epal kecil yang masam dari pokok epal liar. Epal ketam ini biasanya dimakan mentah ataupun dijadikan inti untuk tart dan skon. Selain itu ia juga dijadikan ramuan untuk daging salai. Ia sukar didapati kerana tidak ditanam secara komersial.


:: Esen Vanilla ::
English: Vanilla Essence
Esen Vanilla Mempunyai bau yang harum dan enak. Ia diperbuat daripada kacang vanilla. ia berwarna hitam jernih. Biasanya digunakan sebagai penambah perisa bagi pencuci mulut, biskut, kek, roti, aiskrim, minuman dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.