Tuesday, May 03, 2011

:: Y ::

:: Yis ::
English: Yeast
Sejenis kulat mikroskopik yang boleh menapai gula ringkas menjadi gas karbon dioksida dan alkohol. Yis dikenali juga dnegan nama ibu roti. Terdapat tiga jenis yis iaitu yis segar, yis aktif kering dan yis kering segera. Yis segar mempunyai hayat simpan yang pendek dan perlu disimpan di dalam peti sejuk. Yis kering agak sukar untuk digunakan, memerlukan rehidrasi di dalam air suam selama 15 minit. Yis kering segera boleh diadun terus ke dalam tepung, mempunyai jangka hayat untuk disimpan yang lebih lama. Antara jenama yis kering yang popular adalah Mauripan. Penggunaan yis kering dan yis basah berbeza sukatannya. Yis kering selalunya digunakan separuh daripada yis basah.


:: Yee Mi ::
Mi kering. boleh didapati di pasar raya berdekatan, bahagian mi segera/mi kering.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.