Saturday, November 26, 2011

Kuih Tiram

Bahan2nya:
3 cawan tepung gandum
1 ½ cawan tepung ubi
3 biji kuning telur
2 sudu makan majerin
Air secukupnya
Sedikit gula (yg. dikisar halus)

Untuk Digaul Dgn Kuih Tiram:
Gula (yg. dikisar halus)
Sedikit susu tepung (jika suka)

Untuk Menggoreng:
Minyak Masak secukupnya

Cara2nya:
1.       3 biji kuning telur + 2 sudu makan majerin + sedikit gula kisar dipukul sehingga kembang.
2.       3 cawan tepung gandum + 1 ½ cawan tepung ubi diayak.
3.       Campurkan bahan A dan B dan gaul sehingga sebati. Sambil itu masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan kenyal.
4.       Doh digiling senipis-nipisnya, dipotong 4 segi tepat dan dibelah tengah sedikit. (Ukuran: 3 ½ “ x 1 ½ “)
5.       Goreng dalam minyak yang panas.
6.       Setelah sejuk, taburkan gula atau susu tepung (jika suka).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.