Pages

Monday, April 13, 2015

Biskut Nescafe Muncies

Bahan2nya:
250gm butter
2 biji kuning telur
125gm gula aising
75gm tepung hoen kwee atau tepung jagung
450gm tepung gandum - diayak
4 sudubesar serbuk nescafe - diayak
Sedikit esen kopi - kalau takde, 1 sudu teh serbuk kopi dibancuh dgn sedikit air panas
Manik2 gula atau coklat rice atau biji kopi sebagai hiasan

Cara2nya:
1. Mentega, kuning telur, gula aising, serbuk nescafe dan esen kopi dipukul rata.
2. Masukkan tepung hoen kwee.
3. kemudian masukkan tepung gandum dan ulilah hingga doh lembut.
4. Canaikan doh, teraplah dengan acuan biskut.
5. Bakarkan pada suhu 160°C hingga masak - lebih kurang 20-30 minit.

Nota:
Sebenarnya tak bagus untuk kita buka pintu oven selalu untuk check either kek atau biskut tu dah masak ke belum, boleh bantat jadinya nanti.
Macam saya nak tau kek atau biskut tu dah masak ke belum saya tunggu sampai keluar baunya barulah saya check, selalunya lepas keluar bau saya bagi masa 5-10 minit lagi untuk keluarkan biskut atau kek tu..
Biskut tak boleh dibakar pada suhu melebihi 180°C - boleh hangus atau tak masak dalam.

Tips untuk membuat biskut:
1. Untuk mendapatkan biskut yg masak sama rata, buatlah saiz yang sama.
2. Untuk adunan biskut, kalau lembik dan susah untuk dibentuk, tambahkan sesudu tepung lagi dan bungkus adunan didalam plastik, masukkan ke dalam petisejuk sekurang2nya 30 minit.
3. Untuk adunan biskut yang agak keras sikit, tambahkan sesudu susu segar.
4. Sebaik-baiknya selepas biskut dibakar, biarkan sebentar diatas oven tray itu selama 5 minit, kemudian barulah dialihkan ke rak kek untuk menyejukkan biskut.
5. Untuk mengelakkan biskut dari jadi leper, elakkan guna oven tray yg panas untuk biskut yg baru hendak dibakar, sejukkan dulu oven tray dulu dengan melalukan air sejuk ke belakang oven tray itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.