Pages

Sunday, April 12, 2015

Kek Karamel Pelangi

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
3 sudu besar gula
Loyang 9 inci

Cara-cara:
1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair.
2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang.
5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila dibakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.


Bahan-bahan untuk Puding
1 tin susu sejat
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
2 sudu kecil esen vanila (saya guna Star Brand. klau guna jenama lain sila kurangkan sukatan sbb takut pahit)

Cara-cara:
1. Masukkan 3 biji kuning telur & 2 biji telur yang baru ke dalam mangkuk dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan di atas. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Pastikan bahan-bahan sebati dan gula terlarut. Ketepikan.
5. Kemudian kita Sediakan pula bahan untuk kek pelangi.
Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.


Bahan-bahan untuk lapisan kek pelangi.
Adunan 1 (Meringue)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara:
1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
2. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
3. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ketepikan.
4. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan 2:
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air kosong
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil esen vanila
Pewarna Biru Star Brand
Pewarna Pink Star Brand
Pewarna Kuning Star Brand

Cara-cara:
1. Panaskan oven suhu 165°C selama 10 minit.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
3. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
4. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang. Matikan mixer.
5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau ratakan secara kaup balik.
7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi berselangseli. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri @ kanan. Tarik adunan ke tengah dan sambung kerja-kerja memasukkan adunan sampai siap. Bila sudah separuh adunan dimasukkan ke dalam loyang, baru corak akan stabil.
10. Bakar kek tadi secara double boiler atau bain marie selama 60 minit. 45 minit yang pertama menggunakan api bawah sahaja dan 15 minit yang terakhir menggunakan api atas bawah.
13. Setelah masak, buka pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
14. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
15. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
16. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.