Saturday, April 11, 2015

Ketam Tumis Cili

Bahan2nya:
10 ekor ketam - saiz besar
2 batang serai - dititik
Daun bawang & sup - diracik
Air secukupnya - anggaran 1 cawan

Bahan2 Dikisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai
1 inci belacan
4 biji cili kering - direndam dalam air panas sampai kembang
Garam secukup rasa - jika perlu

Bahan2 Sos:
5 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos tiram
3 sudu sos plum - utk masam manis
2 sudu besar sos ikan nampla - boleh ditambah kalau kurang masin
Sedikit minyak bijan

Cara2nya:
1. Bersihkan semua ketam dan dipotong 2 kemudian dibasuh bersih dan ketepikan. Kisar semua bahan menumis.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan dikisar dan kacau biar sampai masak dan terbit bau wangi.
3. Masukkan semua bahan sos dan serai serta terus kacau sambil rasa jika ada bahan yang terkurang rasa boleh ditambah ikut pada citarasa kita.
4. Masukkan semua ketam tadi serta  air secukupnya dan gaul rata kemudian tutup kuali dan biarkan sampai semua ketam masak.
5. Buka penutup kuali dan kacau dan kalau nak kuah lebih tambah lagi air. Masukkan daun sup atau daun bawang dan terus kacau.
6. Bila ketam dah masak boleh la ditutup api dapur dan hidangkan dalam bekas yang sesuai dan boleh la dihias.

Nota:
Air jangan letak banyak. Memadai 1 cawan sahaja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.