Thursday, April 30, 2015

Pulut Kuning Kukus Versi Lemak Manis

Bahan2nya:
1 1/2 kg beras pulut susu
750 ml santan pekat (santan kotak ayam brand)
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk pewarna kuning limau
3 keping asam gelugor
1 sudu besar minyak masak
1 helai daun pandan - dipotong 2 & siat2kan
Air untuk merendam pulut - sukatan air 1 1/2 inci melebihi paras pulut

Cara2nya:
1. Beras Pulut dicuci bersih.
2. Masukkan air, serbuk pewarna kuning dan asam gelugor ke dalam bekas dan kacau supaya serbuk pewarna larut.
3. Kemudian masukkan beras pulut dan rendam semalaman.
4. Keluarkan asam gelugor dan toskan beras pulut.
5. Didihkan air dan masukkan beras dan separuh daun pandan ke dalam pengukus, Ratakan.
6. Kukus selama 15 minit atau sehingga 3 suku masak.
7. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar bersama baki daun pandan tadi.
8. Tuangkan santan yang telah dicampur dengan minyak, garam & gula. Gaul rata.
9. Kemudian ratakan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus semula selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.
10. Angkat dan hidangkan.

TIPS
UNTUK MENDAPATKAN WARNA PULUT KUNING YANG CANTIK SEKATA
1. Rendam beras pulut bersama asam gelugor atau asam keping supaya warna melekat pada beras.
2. Kacau beras 2 atau 3 kali selama proses merendam supaya sekata.
3. Tumbuk sedikit kunyit hidup dan masukkan ke dalam beras yang di rendam(warna lebih terang).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.