Ketam Masak Telur Masin
Bahan2nya:4 ekor ketam..3 biji bawang kecik dicincang (kalau tak nak pon takper)7 biji bawang putih dicincang (ni kalau lebih lagi sedap)7 biji cili padi (dipotong kecil) kalau nak pedas boleh tambah lagi6-7 sudu besar susu cair (nak letak lebih pun blh)
Tepung jagungDaun kari lebih kurang setangkai5 biji telur masinLada sulah/garam/gula
Cara2nya:1. Rebus telur masin. Sementara telur tu rebus, boleh goreng ketam dulu..
2. Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian..Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan..
3. Telur masin yang dah masak tu asingkan kuning telur dan lenyek2 kan dia sampai hancur. Putih telur ambil dalam sebiji dan lenyekkan sampai hancur.
4. Panaskan kuali masukkan butter dalam 3 sudu besar. Kemudian masukkan bawang putih, bawang kecil. Kacau sampai naik wangi.
5. Kemudian masukkan daun kari dan cili padi..
6. Lepas tu masukkan telur kuning yang dihancurkan tadi. Dan sedikit telur putih. Kacau sekejap.
7. Masukkan susu cair. Letak dalam 6-7 sudu besar (kalau nak kuah lebih, letak byk sikit susu cair).
8. Lepas tu masukkan lada sulah, garam dan gula (garam jangan banyak sangat sebab dah ada telur putih masin) kacau sekata sampai berbuih.
9. Last sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Kacau bagi semua rata dan siap untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.