Pages

Friday, April 03, 2015

Roti Sarang Lebah & Sos Butterscotch

Roti Sarang Lebah
Bahan2nya:
4 cawan tepung high protein
1 sudu teh garam
1/2 cawan yogurt
1 sudu teh yis
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula
1/2 cawan minyak masak
1 cawan air suam
1 biji telur
Sedikit susu pekat manis(untuk sapu di atas doh sblm dibakar)
Bijan hitam dan putih, biji labu, kepingan badam dipanggang untuk hiasan.
Sedikit planta(untuk sapu di atas roti slps dibakar)

Cara2nya:
1. Satukan 1 cwn air suam + 2 sudu besr gula + 1 teh garam + 1 sudu teh yis. Kacau rata.pastu biarkan sampai berbuih
2. Dalam mangkuk lain masukkan bahan2 kering.
3. Bila yis dah berbuih, masukkan yogurt dan kacau-kacau sedikit. Guna untuk uli. Akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga elastik.
4. Rehatkan doh sehingga naik sekali ganda.
5. Tumbuk doh untuk buang angin. Uli lagi sehingga cantik. Doh agak lembik dan melekit. Sapu minyak pada tangan untuk menguli.
6. Bentukkan doh sebesar buah logan atau mata kucing dan susun rapat dalam loyang. Biarkan doh naik sekali ganda.
7. Sapu telur yg dicampur dengan susu dan taburkan bijan, biji labu dan kepingan badam.
8. Bakar pada suhu 170°c selama 15 minit atau sehingga mssak bergantung pada suhu oven masing2.
9. Sebaik masak, sapukan dengan planta dan boleh tuang sos butterscotch di atas roti .


Sos Butterscotch
Bahan2nya:
1 cawan gula perang
1 cawan whipp cream/ susu cair
50 gm butter
Sedikit garam
Esen vanila
2 sudu besar rata tepung gandum

Cara2nya:
1. Gunakan api perlahan untuk cairkan butter.
2. Masukkan gula dan masak hingga cair dan berbuih.
4. Masukkan whip cream/susu cair + garam + tepung.
5. Kacau rata dan masak hingga cantik dan likat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.