Pages

Friday, April 10, 2015

Sotong Sumbat Masam Manis

Bahan A
5 ekor Sotong saiz besar - dibuang kulit dan dibersihkan
1 labu Bawang Besar
1 ulas Bawang Putih
5 sudu besar Sos Tomato
5 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Cili Kisar (Cili Boh)
1 sudu teh Gula
2 sudu besar Minyak Masak

Bahan B (Bahan Sumbat)
200 gram Udang
2 biji Telur
1 biji Cili Hijau
1 biji Cili Merah
2 biji Bawang Merah
1 pokok Daun Bawang
1 pokok Daun Sup
1 sudu besar Minyak Masak
Garam secukup rasa

Cara2nya:
::Sotong::
1. Panaskan Minyak dan tumiskan Bawang Merah dan Udang, Kemudian kacau rata.
2. Masukkan Telur dan biarkan sehingga keras kemudian hancurkan macam scramble egg.
3. Masukkan Garam, Cili Merah, Cili Hijau, Daun Bawang dan Daun Sup, Kemudian anda kacau rata.
4. Tutup api dan letak tepi dulu.
5. Sumbatkan bahan gorengan ke dalam sotong dan masukkan kepala sotong, sematkan dengan lidi.

::Sambal::
1. Panaskan Minyak dan tumiskan Bawang Besar, Bawang Putih, dan Cili Kisar sehingga wangi.
2. Masukkan Sos Tomato, Sos Cili dan Gula, Kemudian kacau rata.
3. Masukkan Sotong dan masak sehingga mendidih biarkan lama sedikit pun boleh juga pastikan betul-betul masak.
4. Sediakan plating atau di atas pinggan dan taburkan Daun Bawang di atasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.