Pages

Wednesday, April 08, 2015

Pulut Mangga Thai

Bahan2nya:
500 gm beras pulut
750 gm santan
6 tbsp gula
3 tsp gula
5 helai daun pandan
6 tsp tepung kagung
2 tsp tepung beras
garam secukup rasa

Cara2nya :
Mengukus pulut::
1. Terlebih dahulu panaskan kukusan.
Pulut tidak perlu direndam. Hanya basuh dan toskan sahaja. Isikan beras pulut ke dalam loyang yang sesuai bersama air hanya separas pulut. Letakkan sekali daun pandan atas pulut. Air tidak boleh terlalu banyak bagi mengelakkan pulut menjadi terlalu lembik.
2. Kukus sehingga masak dengan api sederhana. Sesekali periksa untuk lihat samada pulut telah masak sempurna atau belum.

Menyediakan santan untuk digaul bersama pulut::
1. Panaskan santan dalam periuk dengan api kecil.
2. Santan ini hendaklah dikacau selalu sehingga nampak minyak terbit di permukaan. Proses ini memakan masa anggaran 5-10 minit.
3. Masukkan gula dan biarkan gula larut.
4. Asingkan 450gm, tambahkan dengan 3 tsp gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
5. Setelah pulut masak, cepat-cepat masukkan ke dalam satu bekas besar. Ambil santan 450gm tadi, tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam pulut sambil digaul supaya pulut serata bergaul dengan santan.
6. Proses ini perlu dilakukan ketika pulut masih panas-panas. Teruskan menggaul sehingga pulut benar-benar menyerap semua santan. Anda akan lihat pulut menjadi berkilat. Ketepikan.

NOTA:
**Masa masukkan santan ni agak-agak ya, lihat pada tekstur pulut itu. Jika pulut dah cukup dan cantik lembutnya.....stop, jangan tambah lagi santan tapi jika belum boleh habiskan. (saya tak habiskan semua santan tak nak nanti pulut terlalu lembik.....yang selebihnya tu saya masukkan semula ke dalam lebihan santan dalam periuk ).**

Menyediakan sos santan::
1. Panaskan semula baki santan dalam periuk dengan api perlahan.
2. Tambahkan tepung jagung dan tepung beras untuk memekatkan sos.
3. Masukkan garam secukup rasa dengan 2 tsp lagi gula. Tambahan gula ini optional, jika rasa tak perlu abaikan.
Cara Menghidang::
1. Kupas kulit mangga dan potong ikut suka.
2. Isikan pulut dalam piring atau mangkuk, siramkan dengan sos santan di atasnya. Sertakan juga dengan potongan mangga.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.