Friday, February 26, 2016

Puding Karamel @ Gula Hangus

Bahan2nya:
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar air
1 tin (505gm) susu pekat manis
12 biji telur ayam gred A
1 cawan air
2 penutup tudung esen vanila jenama star brand (saya guna Star Brand. klau guna jenama lain sila kurangkan sukatan sbb takut pahit)
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam (1/4 sudu kecil)
Sedikit serbuk pewarna kuning

Cara2nya:
1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil (4 sudu gula + 4 sudu air). Masak sampai gula tu kekuningan (jangan perang sangat takut nnt pahit). Pastu bila dah cair dan keperang2an... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Ketepikan.

2. Masukkan telur, esen vanilla, susu pekat, tepung kastard, garam, perwarna kuning dan air ke dalam mangkuk besar @ periuk. Pukul sekejap jer, agak2 telur tadi sebati dengan bahan2 yang lain (pukul guna whisk).

3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi. Seelok2nya tapis dulu adunan tadi. Pastikan kurang buih di dalam loyang supaya tekstur puding lebih licin dan tidak berlubang2.

4. Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus sampai masak dengan menggunakan api yang kecil (jangan la kecil sgt). Anggaran kukus tu dalam 60 minit.

5. Bila dah sejuk terlangkupkan.
Simpan dalam peti ais untuk rasa yg dingin.

Nota:
Gunakan telur ayam yang segar untuk membuat puding yang memerlukan telur seperti ini untuk mengelakkan bau hanyir telur.

Tepung kastard digunakan bagi mengelakkan puding lembek.

Garam digunakan bagi menghilangkan rasa hanyir telur.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.