Sunday, March 27, 2016

Laksam Kelantan

::LAKSAM::
Bahan-bahannya:
1 peket tepung beras biasa
4 cawan air sejuk
4 cawan air panas mendidih
1 cawan nasi sejuk- campur dengan 1 cawan air sejuk- blend lumat.

Secubit garam.
* bahan di atas adalah resepi asal- tapi saya tambah 1 cawan lagi air suam kerana sukakan laksam yang lembut.

Caranya:
1. Masukkan tepung dalam bekas yang agak besar.
2. Tambah dengan 4 cawan air sejuk. Kacau sebati.
3. Tambahkan 4 cawan air mendidih. Kacau sebati. Masukkan garam.
4. Masukkan nasi yang telah diblend tadi. Kacau lagi. Sedia untuk dikukus.
*Jika didapati laksam agak keras, boleh tambah 1 cawan air suam. Kalau sudah lembut, tak perlu tambah. Siap.


::KUAH LAKSAM::
Bahan-bahannya:
2 biji kelapa parut- ambil santan kepekatan biasa
5 ekor ikan sardin segar- direbus dengan garam dan asam keping. Diambil isinya.(Nak kuah yang pekat dengan isi ikan, boleh tambah kuantiti ikannya)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih-bakar atas api gas sebentar
1/2 inci halia- bakar seperti bawang putih
1/2 sudu lada hitam- tumbuk halus dulu.
4 keping asam keping
Garam
Perasa yang digemari.
*jika suka manis, boleh letakkan gula. Saya tak letak.

Cara-caranya;
1. Sediakan santan ke dalam periuk. Hidupkan api kecil dan kacau sekali-sekala.
2. Sambil itu kita blend semua bahan isi ikan, bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam. Pastikan lumat betul.
3. Masukkan ke dalam santan.
4. Masukkan asam keping, garam dan perasa.
5. Kacau hingga menggelegak. Siap!.
*ada orang yang blend tulang ikannya untuk rasa yang lebih manis. Sayapun sama. Tapi hasilnya kuah tidak putih melepak tetapi  agak gelap warnanya. Terpulanglah :-)


::Ulam-ulam::
Kacang panjang
Kubis
Taugeh
Daun kesum
Bunga kantan


::Sambal lada::
15 biji cili padi
1 sudu kecil garam
Sedikit gula
Sedikit cuka

Cara-caranya;
Tumbuk cili, garam & gula hingga lumat.

Gaulkan dgn cuka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.