Tuesday, March 01, 2016

Meatballs Ala Ikea (Homemade Gravy)

:BAHAN UTAMA::
Bahan2nya:
Meatball Daging Jenama Marina (Ada rasa lada hitam sikit) - digoreng dgn api perlahan
Kentang Goreng - digoreng macam biasa tapi letak air garam sikit 1 minit sblm angkat dr kuali

::BAHAN SAMPINGAN::
Jem Raspberry
Brocoli - dicelur bg lembut sikit
Tomato - dihiris nipis/bulat2
(Kalau nak makan dgn coleslaw pun boleh)

::KUAH/GRAVY::
Bahan2nya:
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - dipotong dadu
2 biji tomato - dipotong dadu
1 1/2 cawan air sejuk
100ml susu segar
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu sos lada hitam
1 sudu serbuk lada hitam
1 kiub pati daging
1 sudu gula

Cara2nya:
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu (Jangan sampai garing).
2. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biarkan sehingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub daging, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biarkan sehingga mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
5. Kacau sebati. Tutup api dan biarkan suam sekejap. Kemudian masukkan ke dalam mesin pengisar@blender dan kisar sampai halus. Bolehlah dihidangkan bersama meatballs goreng, kentang goreng, sedikit jem raspberry dan sayuran2an(coleslaw pun boleh).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.