Wednesday, March 02, 2016

Soto Ayam

Bahan2nya:
1 ekor ayam bersaiz besar - dipotong 4
4 batang serai (diketuk)
2 peket kecil rempah kurma Babas
1 peket kecil rempah sup Babas
6 ketul Kiub pati ayam Knorr
Sup Bunjut Tulang Adabi

Bahan Kisar:
5 ulas bawang besar (pilih saiz sederhana)
6 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara2nya:
Panaskan minyak. Tumis dulu 5 sekawan tu sampai naik bau.

Masukkan pula serai yang dah diketuk dan bahan-bahan kisar tadi.. tumis sampai naik minyak

Bahan kisar dah naik minyak masukkan rempah kurma yg dibancuh dgn sedikit air dan sup Babas.

Bila rempah-rempah tadi dah naik minyak.. masukkan ayam dan gaul rata-rata..

Bila ayam dah agak kecut... masukkan bunjut dan sedikit air.. gaul rata-rata lagi ya..

Ayam dah kecut jadi boleh lah masukkan air.. bab air berapa banyak nak taruk.. terpulang pada korang.. kalau nak kuah sup pekat masuklah air sikit.. kalau nak kuah cair masuklah air banyak.

Terjunkan 6 ketul kiub pati ayam.

Bila ayam dah masak keluarkan.

Bila ayam kita dah keluarkan.. masa ni kuah sup dah kurangkan, so top up air semula.. boleh la letak garam dan Pak Aji.. perisa dah sebati dan cun.. tutup api.

Selain bihun korang boleh jugak makan dengan mee kasar dan nasi impit..

Aksesori : 
1. Tauge (tak payah celur)
2. Daun sup dan bawang di racik-racik
3. Kacang tanah goreng..
Tips nak goreng kacang tanah.. masukkan kacang dalam kuali sebelum minyak panas.. make sure api kecik.
4. Bawang goreng
5. Ayam yang dah masak tadi tu korang racik halus-halus.

Kuah kicap power
Bahan-bahan :
Cili padi - dipotong 2 supaya x meletop
Bawang putih
Limau nipis
Kicap lemak manis Cap Kipas Udang

Cara-caranya :
Masuk minyak masak lepas tu terus masukkan cili padi dan bawang putih dan tutup dengan penutup..jangan tunggu minyak panas.. satgi lintang pukang korang.. meletop-letop.. angkat.. masukkan dalam pengisar..letak kicap dan perahan limau nipis..kisarrrrr..tak perlu letak air

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.