Tuesday, May 03, 2011

:: B ::

:: Budu ::
Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia  merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.


:: Burung Puyuh :: 
English : Quail
Sejenis burung kecil yang dagingnya enak rasanya dan sesuai untuk dimasak pelbagai masakan.


:: Beras Arborio :: 
English : Arborio Rice
Arborio adalah beras risoto klasik Orang Itali di bahagian utara Piedmont. Ia merupakan beras panjang yang boleh menyerap banyak cecair ketika memasak, namun ia sangat enak. 


:: Beras Pulut :: 
English : Glutinous Rice
Beras Pulut ialah beras yang melekat dan melekit apabila dimasak. Jenis beras ini sering digunakan untuk sushi atau pemanis mulut.


:: Beras Basmathi ::
English: Basmathi Rice
Beras basmati sangat wangi, berbulir panjang dan nasinya agak pera. Popular di Timur tengah, India, malaysia dan brunei sebagai bahan nasi biryani.


::: Beras Nasi Dagang ::
English : Rice Trade
Beras nasi dagang juga dikenali dengan nama beras merah. Beras jenis ini agak mahal daripada beras biasa kerana keunikannya. Ia perlu direndam selama 4 hingga 5 jam sebelum digunakan. Jikalau sukar mendapatkan beras nasi dagang, boleh gunakan beras biasa dicampur dengan beras pulut. Nasi Dagang wangi kerana campuran halba di dalamnya. Selain itu, halia yang dimasukkan juga boleh menghindari angin di dalam perut.


: Berus deko :: 
English : Pastry Brush
Berus yang diperbuat daripada nilon dan sering digunakan untuk menghias permukaan makanan.


:: Biscotti :: 
English : Biscuit
Biskut Itali ini agak keras dan dibuat secara tradisional daripada kacang hazel dan jintan manis. Tetapi sekarang rasanya dipelbagaikan daripada pelbagai kekacang, lemon dan parutan kulit limau. Ia keras dan rangup kerana ia dibakar dua kali. Inilah yang membuatkannya enak dicecah dengan kopi. Sejenis pastri yang manis dan banyak kacang. Ia bercirikan hidangan orang Yunani, Cyprus dan Turki. Ia diperbuat daripada kepingan filo pastri, diberus dengan mentega dan berlapis antara satu sama lain dalam satu bekas pembakar. Ia diisi dengan gula, kacangkacang madu, kacang tanah, badam, kacang pistacio dan walnut. Kemudian disaluti sirap madu dan dibakar. Perkataan Itali yang bermaksud ‘sebelum hidangan’. Ia merupakan hidangan pemula yang panas dan sejuk yang dinikmati sebelum hidangan berat. Misalnya salad sayursayuran, makanan laut , daging salai yang dinikmati bersama mayones dan sos.


:: Brownie :: 
English : Brownies
Sejenis kek yang tebal dan sedikit liat. Ia diperbuat daripada coklat dan dibakar di dalam loyang besar. Ia biasanya dipotong bersegi-segi.


:: Belacan :: 
English : Shrimp Paste
Belacan adalah sejenis bahan makanan yang dibuat daripada udang kecil yang ditumbuk lumat. Digunakan untuk menyedapkan makanan. Sejenis perasa di dalam masakan yang mempunyai rasa yang tajam dan berwarna coklat gelap. Merupakan ramuan penting di dalam masakan Asia, terutama Thailand dan sering digunakan di dalam jumlah yang kecil di dalam sup, sambal dan kari. Dijual di dalam tin ataupun dalam bentuk kepingan.


:: Baby Sawi :: 
English : Baby Mustard
Baby Sawi ialah jenis sawi yang kecil dan kurang matang dari sawi biasa. Ia sesuai dimasak sup atau digoreng.


:: Batang Keladi ::
English : Taro Stem
Tesktur batang keladi kelihatan seperti terung, tetapi keladi lebih berserabut. Bagaimanapun, ia mudah ditelan. Ia paling sesuai dimasak asam pedas atau masak lemak bersama siput sedut. Sayur keladi ialah sejenis hidangan kampung, di mana batangnya dibuang kulit dan direbus hingga lembut.


:: Bunga Lawang ::

English : Star Anise 
Bunga lawang adalah salah satu bahan dalam 5-rempah serbuk Cina. Ia digunakan sama ada dalam bentuk asal atau hanya bahagian-bahagian, untuk menambah rasa ke dalam masakan daging dan ternakan lain yang direneh lama. Disebabkan itulah kuah sos sentiasa mempunyai aroma yang kuat, dikeluarkan oleh bunga lawang ini. Bunga lawang juga dikisar untuk digunakan dalam masakan salai, untuk menekankan aromanya ke atas masakan tersebut. Ia boleh juga digunakan untuk menambah rasa dalam masakan kari. Bunga lawang yang berbau manis ini turut menambah rasa enak di dalam minuman teh. Walaupun mempunyai rasa akar (asli) yang kuat namun ia tidak mempunyai kaitan secara botani dengan jintan manis.


:: Bunga Cengkih ::
English : Cloves 
Bunga cengkih mempunyai rasa yang tajam, kuat, dan manis yang hampir-hampir pedas atau ‘berangin’. Ia juga mempunyai rasa pahit dan kelat, serta paling menusuk antara rempah-rempah lain hingga meninggalkan kesan kebas di dalam mulut. Bunga cengkih elok dibeli dalam bentuk asalnya kerana bentuk serbuk cepat merosot rasanya. Bijian kisaran bunga cengkih selalunya digunakan dalam membuat kek. Rasa bunga cengkih dapat mengatasi rasa lain dalam sesuatu masakan, oleh itu penggunaan yang sedikit digalakkan. Bunga cengkih digunakan dalam masakan nasi beriyani, dalam bentuknya yang asal dan menyeluruh untuk menambah rasa dan hidangan masakan tersebut. Ia sering diguna bersama jintan putih dan kayu manis.


:: Buah Keras :: 
English : Candlenut
Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia. Ia sedikit beracun ketika mentah dan digunakan dalam masakan Melayu dan Indonesia.


:: Buah Pelaga ::
English: Cardamom
Buah pelaga mempunyai rasa yang pedas tetapi berbau wangi dan terasa dingin pada lidah apabila dikunyah. Rempah yang berbau sangat harum ini dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi untuk digunakan sebagai ubat, selain untuk menambahkan keenakan masakan atau minuman. Biji pelaga misalnya dikatakan amat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah bau mulut. Kerana ia dikatakan dapat mengharumkan mulut dan selain itu juga dapat mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mangubati batuk dan gatal-gatal kerongkong.


:: Buah Pala ::

English : Nutmeg
Apabila buah pala masak, perikapnya yang berwarna kuning akan terbelah dua mendedahkan biji berwarna perang keungguan dan berkilat. Biji ini diselaputi dengan arul yang dipanggil mace dan berwarna merah terlekat pada pangkal biji. Bahagian perikapnya terlalu masam dan kelat untuk dimakan dalam keadaan segar, namun ia boleh diproses untuk dijadikan halwa, kandi dan jeruk pala. Biji dan aril (atau mace) boleh dikeringkan dan digunakan sebagai rempah. Rempah dari mace digunakan dalam penyediaan berbagai jenis makanan terutamanya untuk memberi perisa kepada sos dan kicap. Hasilan dari biji pala ini digunakan sebagai rempah, bahan perisa untuk masakan yang manis seperti kek, dan masakan yang menggunakan susu. Kedua-dua biji dan aril buah pala mengandungi minyak pala yang mempunyai perisa yang berbeza. Minyak yang bersifat tepu pada suhu bilik juga boleh dihasilkan daripada biji pala. Minyak ini digunakan sebagai minyak ubat sapu dan untuk pembuatan minyak wangi.


:: Bijan ::
English : Sesame Seeds
Bijiran bijan adalah bijian benih leper yang dituai pada peringkat awalnya untuk minyak berperisa kacangnya untuk digunakan dalam masakan. Pada peringkat kemudiannya, ia dituai untuk bijirannya yang digunakan sebagai bahan perasa dalam makanan. Walaupun berbeza warna, setiap variasi mempunyai rasa yang serupa memberikan rasa kekacang yang sederhana manis. Untuk meningkatkan rasa perasa ini, bijiran bijan sering dipanggang atau digoreng dalam minyak panas sebelum dicampurkan dengan makanan lain. Bijiran ini digunakan sebagai bahan hiasan untuk roti, biskut, kek dan ‘rolls’. Bijiannya pula digunakan dalam kuah sos, bahan adunan, nasi pilaf (masakan Arab), makanan bergula dan sesetengah masakan gorengan Asia. Bijiran ini juga selalu digunakan dalam kuah pencicah. Disebabkan kandungan minyaknya yang tinggi, bijiran bijan tidak dapat tahan lama di bawah suhu yang tinggi tanpa bertukar menjadi rosak.


:: Bawang Merah Kecil:: 
English : Shallot
Bawang Merah atau dalam bahasa inggerisnya shallot dikelaskan dalam famili alliaceae. Bawang merah adalah lebih kecil dan lebih manis dari bawang besar. Bawang merah merupakan bahan yang penting dalam kebanyakan masakan.


:: Bawang Bombay ::
English: Onion
Bawang Bombay mempunyai aroma yang cukup tajam dalam kondisi mentah. Tapi berasa manis ketika diolah. Beli bawang Bombay dengan kulit luarnya yang kering agar tidak mudah busuk atau berjamur. Sebaiknya dikupas dan dipotong sesaat akan diolah sehingga aromanya yang khas tidak hilang.


:: Bawang Putih :: 

English : Garlic
Bawang Putih mempunyai satu karektor tersendiri yang memberikan aroma dan rasa yang kuat serta tajam. Ia seolah terdiri daripada campuran pedas, pahit dan sedikit masam, bergantung kepada jenis masakan. Rasanya boleh diubah sama ada kuat atau menjadi lembut, hingga tidak dapat dikesan penggunaannya. Disebabkan ini ia menjadi bahan yang penting di dalam sesuatu masakan atau resipi di setiap negara. Sedikit bawang putih dapat ‘menaikkan’ aroma dan rasa masakan daging, ikan dan juga sayuran.


:: Baby Kentang :: 
English : Baby Potatoes
Secara teknikalnya, baby kentang ialah kentang yang belum matang dan dipetik pada musing panas atau musim bunga. Kentang yang belum matang dapat dikenalpasti melalui kulitnya yang rapuh dan kasar seperti kertas, yang boleh dikupas dengan senang. Baby kentang digemari kerana kandungan airnya yang tinggi dan teksturnya yang berkrim, selain ia boleh dimasak menyeluruh. Ia sesuai dikukus atau dibakar. Baby kentang cepat rosak berbanding kentang lain, oleh itu gunakan dalam masa beberapa hari selepas dibeli.


:: Belimbing Besi:: 

English : Star Fruit
Belimbing mempunyai rasa segar, masam dan manis. Kulitnya tidak perlu dikupas sebelum dimakan, tetapi hujungnya yang keras patut dipotong buang. Buah yang tidak masak sangat masam dan digunakan untuk menambah rasa masam kepada beberapa hidangan. Ia sesuai dimakan separuh masak, dicicah atau ditabur dengan garam. Bukan sahaja belimbing sedap dimakan sebagai snek, ia menggantikan kandungan air dalam badan yang hilang ketika musim panas. Buah yang sudah masak sesuai untuk dijadikan minuman.


:: Belimbing Buluh :: 
English : Belimbing Buluh
Belimbing Buluh atau Belimbing Asam atau Averrhoa Bilimbi L. 
ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina. Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.


:: Buah Bacang :: 
English : Bacang
Buah Bacang dikenali juga dengan nama macang. Nama saintifiknya mangifera foetida lour. di dalam bahasa inggerisnya disebut bachang atau horse mango.


:: Bendi :: 
English : Lady Fingers
Pokok bendi adalah jenis pokok yang berbunga dan berbuah. Buahnya berbentuk memanjang, mempunyai bijian yang banyak, dan mengeluarkan bendalir melekit apabila dimasak. Ia boleh digunakan sama ada sebagai bahan pemekat dalam sup dan stew, bahan masakan sup, stew, sayuran dan daging, atau sebagai salad di mana ia direbus, stim, direneh, ditumis atau digoreng. Bendi sesuai dengan makanan berasid seperti jus limau, cuka, tomato dan pelbagai bahan perencah atau perasa. Ketika memilih, cari yang bersaiz kecil, 2 hingga 3 inci panjangnya. Bendi yang dibeli haruslah kelihatan segar, bebas dari kotoran dan tegang, bukannya lembik.


:: Brokoli ::

English : Broccoli
Brokoli adalah berkait rapat dengan kubis bunga. Disebabkan komponennya yang berbeza, brokoli memberikan pelbagai rasa dan tekstur - dari lembut dan berbunga (pada bahagian bunga-bunga kecil) ke berserat dan rangup (pada batang dan tangkainya). Janganlah bau sebatian sulfur yang dibebaskan tatkala dimasak menghilangkan selera anda dari sayuran penuh berkhasiat ini. Brokoli boleh dimasak dengan berbagai cara antaranya distim, digoreng, dipuri atau dimakan mentah. Ia dikenali kerana khasiatnya. Ia kaya dengan vitamin C. Seperti sayuran berwarna hijau yang lain, brokoli mengandungi beta-carotene (vitamin A). Brokoli juga kaya dengan serat.


:: Bayam ::

English : Spinach
Bayam dihidangkan mentah sebagai daun hijau untuk salad, dimasak sebagai hidangan sayuran, atau digabungkan dengan bahan lain sebagai hidangan sampingan. Ia juga dikeringkan, dicincang, dan dicampur dengan bahan lain untuk dijadikan bahan perencah. Bayam kaya dengan zat besi, vitamin A, dan vitamin C. Nutrisinya kekal apabila dimakan mentah. Jika direbus, nutrisinya akan dibebaskan ke dalam air namun apabila distim atau digoreng berlemak, jusnya boleh digunakan dalam masakan bayam supaya nutrisinya dapat diperoleh semula.


:: Bunga Kantan ::
English : Ginger Bud Flowers 
Bunga kantan adalah dari keluarga halia, dan mengeluarkan pucuk hijau dari rizom besar seperti halia. Di pangkal tumbuhan ini, pucuk-pucuk kecil dihasilkan yang pada mulanya kelihatan seperti daun biasa tetapi lama-kelamaan berubah bewarna merah jambu di bahagian hujungnya. Pucuk-pucuk ini yang hanya tumbuh sepanjang satu kaki, perlahan-lahan mendedahkan kelopak berwarna merah jambu yang berisi dan tebal yang seakan-akan sekuntum bunga. Bunga kantan mempunyai rasa segar dan pedas. Ia mempunyai rupa yang menarik hingga menimbulkan rasa sayang untuk dimakan, tetapi rasanya yang unik menjadikan ia bahan perasa yang penting dalam sesetengah masakan. Warna merah jambunya kekal walaupun dimasak. Ia menambahkan warna yang menarik ke dalam masakan. Sesetengah laksa menggunakan bunga kantan ini yang dicincang halus dalam resipinya manakala ada yang menggunakan daun laksa. Walau bagaimanapun, ia merupakan bahan penting di dalam masakan Laksa Penang yang mempunyai ikan dan rasa masam.


:: Bunga Telang ::

English : Butterfly Pea Flower/ Clitoria
Bunga telang digunakan untuk mendapatkan warna biru dalam masakan. Ia akan dikeringkan di bawah sinaran matahari dan disimpan. Apabila ingin digunakan di dalam masakan, ia akan direndam di dalam air dan diperah untuk mengeluarkan warna biru. Biasanya ia akan digunakan di dalam ‘Nyonya dumpling’ (Chang), Kuih Kochi, Pulut Tekan, dan ‘Taibak’(pencuci mulut Nyonya yang dibuat daripada tepung beras) serta apa-apa masakan yang memerlukan warna biru. Warnanya ini adalah asli dan tidak dicampuri bahan pengawet atau kimia.


:: Biji Sawi ::

English : Mustard
Biji sawi ialah biji kecil dari tumbuhan sawi. Ia berdiameter lebih kurang 2mm, berwarna dari putih kekuningan, hingga hitam. Ia merupakan rempah yang penting dalam beberapa masakan tempatan. Selalunya terdapat dalam warna coklat gelap, yang mempunyai rasa terbaik. Biji sawi hitam mempunyai rasa yang tajam dan kuat, manakala yang berwarna kuning dan putih pula kurang berperisa. Biji sawi berperasa pedas dan berempah, membangkitkan rasa daging, ikan, ayam, sos, dan sos salad. Biji sawi boleh digunakan dalam membuat acar atau merebus sayuran seperti kubis. Biji sawi coklat sangat penting dalam menambah perasa masakan India. Serbuk biji sawi pula tidak mempunyai aroma ketika kering, tetapi rasa pedasnya dilepaskan setelah dicampur dengan air. Biji sawi melarutkan cecair dalam sos salad untuk menggabungkan minyak dan cuka, serta menambah rasa pedasnya.


:: Badam ::

English : Almond
Badam atau nama saintifiknya Prunus dulcis merupakan kacang yang tergolong dalamkeluarga Rosaceae. Badam dibawa dari Pakistan dan tersebar ke negara Timur Tengah. Dalam bahasa Arab, badam dipanggil Lawz dan Baadaam dalam bahasa Hindi, Punjabi, Telugu, Gujarati, Turkish, Urdu, Parsi dan Kashmiri. Amerika Syarikat merupakan negara pengeluar terbesar badam di dunia. Badam boleh dijadikan mentega dan dipanggang serta disalut dengan garam atau gula. Ia juga boleh dijadikan tepung dan menghasilkan biskut yang kurang karbohidrat dan sesuai untuk dinikmati pesakit kencing manis. Selain itu badam juga kaya dengan vitamin E dan membantu menghalang penyakit kanser.


:: Buah Berangan ::

English : Chestnuts
Buah berangan popular di selatan Eropah, Turki barat daya dan timur Asia. Buah berangan boleh dikopek dan dimakan mentah. Masyarakat Cina paling gemar memanggang buah berangan tambahan pula tekstur rasanya cukup manis. Buah berangan yang dikeringkan akan dijadikan tepung dan digunakan dalam pembuatan roti, kuih muih serta pasta. Setiap 100gram buah berangan mengandungi 180 kalori hingga 200 kalori. Nilainya lebih rendah berbanding kacang walnut. Ia juga kurang lemak dan tidak mengandungi kolesterol.


:: Buah Gajus ::

English : Cashew Nut
Gajus mempunyai rasa manis asli kekacangan. Ia merupakan makanan snek yang popular. Ia boleh dimakan begitu sahaja, dicampur garam, atau dicampur gula. Ia juga terdapat di dalam coklat, tetapi tidak sebanyak kacang lain kerana harga gajus yang mahal. Di Malaysia, daun buah gajus dimakan mentah sebagai salad atau bersama sambal belacan. Gajus tidak akan dijual bersama kulitnya kerana di tengah-tengah antara kulit dalam dan luarnya sangat berminyak. Seperti kacang lain, gajus ialah sumber protein dan fiber. Ia kaya dengan lemak tidak menyerap, yang boleh melindungi hati. Gajus juga adalah sumber potassium, vitamin B, dan folate.


:: Buah Zaitun ::

English : Olives
Buah zaitun merupakan elemen penting dalam masakan barat. Ia boleh dijadikan minyak dan buahnya pula digunakan dalam masakan seperti salad, dijadikan jeruk dan sebagainya. Malah, buah zaitun juga boleh dijadikan sebagai sos untuk hidangan appertizer (pembuka selera) dan minyaknya digunakan untuk menggoreng aneka pasta. Ini kerana baunya yang kuat dan sesuai dengan masakan barat berbanding penggunaan minyak biasa yang lain.


:: Buah Naga ::
English : Dragon Fruit
Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram! Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan. Bunga pokok naga mengeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar, yang bertindak sebagai agen pendebungaan. Bunga ini biasanya kembang hanya untuk satu malam dan selepas subuh, bunganya mula kuncup. Yang menarik ialah kaktus ini berupaya menyimpan air. Tidak hairanlah buah naga mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan epal


:: Buah Delima::

English : Pomegranates
Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Ia dikatakan membantu menghalang pembentukan sel kanser, mencantikkan kulit, mencegah dr nyanyuk, memberi tenaga, elok utk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah, elok utk sistem penghadaman, mengurangkan berat badan, prevent morning sickness( utk org mengandung), memperelokkan rahim, buah delima amat kaya dengan vitamin C, kaya dengan kalsium dan juga fosfuras selain daripada unsur-unsur nutrien yang lain. Kandungan protein dan lemak adalah sedikit.  Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan.


:: Bunga raya ::

English : Hibiscus rosasinensis
Bunga raya ini boleh mengubati bahagian badan yang terseliuh. Rebuskan dan minum sahaja airnya.


:: Betik ::

English : Papaya
Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. Nama saintifiknya Carica papaya. Pokok betik ini menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.


:: Beri Juniper ::
English : Juniper Berries 
Sejenis beri yang berwarna biru kehitaman yang beraroma. Ia sejenis tumbuhan malar hijau. Beri ini juga boleh dikeringkan.


:: Bunga Tahi ayam ::

English : Ageratum conyzoides
Adakah anda tahu yang bunga tahi ayam ini banyak manfaatnya? Walaupun ianya berbau busuk, daunnya boleh mengurangkan bengkak-bengkak pada badan jika meminum air rebusannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.