Tuesday, May 03, 2011

:: C ::

:: Cendawan Enoki ::

English : Enoki Mushrooms
Juga dikenali sebagai cendawan enokitake. Bentuknya halus dan panjang.


:: Chakla ::
English : Chakla
Marble atau kayu yang digunakan untuk dijadikan tempat mencanai doh.


:: Chutney ::
English : Chutney
Sejenis sos yang digunakan di dalam masakan India Selatan. Cutni yang segar mempunyai warna cerah, bersih dan rasa yang lebih nipis. Biasanya ia diperbuat daripada tomato dan asam jawa.


:: Capati ::
English : Chapatti
Sejenis roti nipis yang digemari kaum India. Ia diperbuat daripada tepung gandum, air, minyak, dan garam. Roti ini dimasak secara tradisi pada satu kuali nipis, dan kemudian diberus dengan minyak sapi.


:: Cuka ::
English : Vinegar
Cuka adalah cairan masam rasanya (biasanya dibuat daripada nira kabung, nyiur, dan lain-lain).


:: Cavolo Nero ::
English : Black Cabbage
Sejenis kubis Itali dengan daun hijau gelap yang mempunyai daun yang elok dan berperisa. Ia boleh digunakan dalam semua jenis masakan kubis tetapi lebih sesuai dalam sup - seperti Sup Klasik Tuscan dan Ribollita. Cavolo Nero sedap dimasak hanya dengan menggoreng dalam minyak zaitun bersama bawang putih dan cabai.


:: Cili Kering ::
English : Dried Chillies
Cili kering dengan rasa yang berasap. Biasanya digunakan dalam masakan Mexico dan dalam masakan barat daya Amerika. Ia sering digunakan secara komersial menghasilkan cili sos.


:: Cili Padi ::
English : Chilli Padi
Cili Padi atau dikenali juga dengan nama lada seperti lada jarum, lada tunggeng (kerana buahnya terbalik) merupakan sejenis keluarga lada yang kecil. Rasanya lebih pedas berbanding cili besar biasa.


:: Cili Thai ::
English : Thai Chili
Cili Thai bentuknya panjang sedikit dari cili padi, meruncing berwarna merah atau hijau. Rasanya sangat tajam, pedas dan panas! Ia dipanggil cabai Thai biarpun berasal dari Mexico. Ia kerap digunakan dalam masakan Cina dan Asia Selatan.


:: Cili Merah ::
English : Red Chilli
Cili Merah atau lada merah ialah sejenis buah yang warnanya merah. Cili merah sangat popular di Asia Tenggara sebagai penguat rasa makanan.


:: Cuka beras ::
English : Rice Vinegar
Cuka beras dibuat daripada beras digunakan dalam masakan Cina dan Jepun. Cuka ini mempunyai warna merah dan hitam serta mempunyai satu rasa sederhana dan rendah keasidannya.


:: Chvre ::
English : Chvre
Bahasa Perancis untuk perkataan kambing dan ia sebenarnya merujuk kepada keju Perancis yang diperbuat daripada susu kambing yang dipasteur. Teksturnya Chvres boleh berubah-ubah kematangan dan mempunyai rasa yang kuat.


:: Coklat Masakan ::
 English : Cooking Chocolate 
Coklat Masakan atau bittersweet tidak sesuai dinikmati segera. Biasanya ia digunakan untuk masakan kek dan biskut. Ia mengandungi banyak coklat dan kurang gula. Kebanyakan chef lebih suka memilih coklat'bittersweet' berbanding coklat 'semi-sweet' dan 'sweet' coklat, tetapi ketiga-tiganya boleh digunakan mengikut kesesuaian resipi. Coklat'bittersweet' terbaik mengandungi 50 peratus koko yang padat.


:: Coklat Cip ::
English : Chocolate Chips
Coklat cip diperbuat daripada coklat. Bentuknya seperti manik dan sedikit besar. Digunakan sebagai penambah rasa dan hiasan pada biskut dan kek.


:: Cincang ::
English : Chopped
Cincang adalah memotong atau menghiris sesuatu kecil-kecl atau halus-halus.


:: Cuka epal ::
English : Apple Vinegar
Cuka epal ialah cecair yang diperbuat dengan mengekstrak pulp epal untuk mendapatkan airnya. Secara umumnya, cuka epal dan jus epal berkait rapat dan sedikit sahaja perbezaan antara duanya. Cuka epal tidak ditapis dan diproses tanpa pengawet, manakala jus epal ditapis dan ditambah bahan pengawet. Cuka epal yang manis dan segar sangat lazat dan menjadi minuman yang berkhasiat, selain menjadi bahan yang senang digunakan dalam masakan. Cuka epal menambahkan rasa manis kepada ayam, daging, roti, dan pencuci mulut.


:: Cajun ::
English : Cajun
Terdapat banyak campuran perasa Cajun di pasaran, masing-masing dengan karakter berbeza. Kebanyakannya berperasa kuat dan unik untuk memberikan rasa masakan Cajun. Secara amnya, campuran cajun mengandungi beberapa bahan tersebut: serbuk bawang putih, serbuk bawang besar, serbuk cili, lada hitam, paprika, jintan manis, kunyit, mustard, bunga cengkih, thyme, basil, seleri, dan berbagai lagi. Bagaimanapun, boleh dikatakan semua cajun di pasaran mengandungi bahan dan kadar yang berbeza-beza.


:: Cendawan Butang ::
English : Button Mushroom
Cendawan butang ditanam dan dijual di serata dunia. Ia boleh didapati secara segar, dikeringkan, atau dalam tin. Rupanya seperti cendawan klasik, dengan batang pendek yang tebal dan ’bertopi’ putih. Cendawan butang yang berwarna coklat selalu digelar ’cendawan crimini’. Rasanya lebih asli dan gemar digunakan oleh tukang masak untuk menambahkan kompleksiti kepada masakan. Apabila dibiarkan tumbuh lebih besar, cendawan butang dijual dengan label ’ cendawan portobello’. Cendawan portobello selalunya besar, dengan rasa kaya yang selalu dipadankan dengan daging. Cendawan butang boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Cendawan butang yang segar paling sesuai untuk pizza, salad, masakan bergoreng dan berkuah. Cendawan butang yang dikeringkan pula sesuai untuk masakan berkuah dan sebagai inti. Hakikatnya, tiada batasan untuk menggunakan cendawan butang dalam masakan, kerana ia sesuai untuk semua jenis masakan.


:: Cendawan Kering ::
English : Dried mushroom
Cendawan segar basah ini telah melalui satu proses pengeringan air sebanyak 100%. Ini bermakna cendawan yang tinggal hanyalah cendawan asal yang masih mempunyai nutrient dan khasiat serta rasa yang sama seperti cendawan segar yang lain cuma tiada air. Cara nak masak sungguh mudah. Anda hanya perlu memasukkan Cendawan Kering ini kedalam masakan anda tanpa perlu direndam air terlebih dahulu. Cendawan Kering ini akan mengembang secara sendiri di dalam masakan anda dengan menyerap air,minyak dan bahan perasa yang anda gunakan di dalam masakan anda.


:: Cendawan Shitake ::
English : Shitake Mushrooms
Cendawan Shitake juga dikenali dengan nama cendawan hitam. Cendawan Shitake segar atau dalam bentuk kering sering digunakan dalam pelbagai masakan yang banyak negara. Shitake segar biasanya dimakan sebelum payung bahagian bawang berubah warna, batang shitake agak keras dan umumnya tidak digunakan dalam masakan.


:: Cendawan Straw :: 
English : Straw Mushroom
Cendawan straw sangat popular di dalam masakan Asia. Mempunyai bentuk yang agak bulat di atas. Ia Warna pucat ketika muda dan agak gelap sedikit apabila matang.


:: Cendawan Tiram ::
English : Oyster Mushrooms
Cendawan Tiram berbentuk kipas, tumbuh secara sekumpul di kawasan liar dan kawasan penanaman, selalunya pada batang pokok yang sedang reput. Warnanya pelbagai, dari kelabu pucat, ke coklat gelap. Batangnya kelabu peputihan. Rasa cendawan tiram yang mentah sangat tajam dan sedikit pedas, tetapi menjadi sederhana setelah dimasak. Rasa dan teksturnya dikatakan berjus, sedikit rasa seperti lada hitam, dan boleh digoreng lalu dijadikan makanan tambahan sesuai untuk masakan berkuah. Cendawan tiram tidak digalakkan dimakan mentah kerana mengandungi toksin semulajadi yang boleh mengganggu penghadaman. Apabila dimasak, bukan sahaja bacteria akan dibunuh, malah proses pemanasan akan menghapuskan dinding fungus dan mengeluarkan rasa yang enak.


:: Cendol ::
English : Cendol
Ia dibuat dari tepung beras dicampur dgn air jernih dari mendapan kapur sirih kemudian dimasak air beras tadi dan dikacau hingga pekat dan menggelegak. Setelah itu pekatan tadi ditekan ke bekas berlubang, melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk di dalam bekas air. Boleh diwarnakan mengikut warna kesukaan, selalunya dengan air daun pandan.


:: Cempedak :: 
English : Jackfruit/ Cempedak
Pokok cempedak menghasilkan buah secara bermusim dimana dalam setahun hanya terdapat satu musim utama. Ini berbedza dengan nangka dimana buahnya tidak bermusim. Buah cempedak dikenali sebagai 'multiple fruit' memandangkan ia terdiri daripada gugusan banyak bunga betina dalam satu jambak. Buah cempedak mengambil masa 100 hingga 120 hari untuk masak setelah bunganya mengorak. Buah cempedak juga hampir sama dengan buah nangka dimana kulitnya dipenuhi dengan duri-duri halus yang pendek. Walaubagaiman pun buah cempedak adalah lebih kecil dari buah nangka.


:: Cincau ::
English : Grass Jelly
Cincau adalah gel serupa agar-agar yang diperoleh dari perendaman daun (atau organ lain) tumbuhan tertentu dalam air. Gel terbentuk karena daun tumbuhan tersebut mengandung karbohidrat yang mampu mengikat molekul-molekul air.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.