Tuesday, May 03, 2011

:: G ::

:: Granadilla ::
English: Granadilla
Sejenis buah eksotik. Granadilla sangat lembut, rangup, isinya berwarna jingga dan pulpa yang manis. Enak dimakan terus daripada kulitnya. Ia boleh di dapati sepanjang tahun dan biasanya dibuat sebagai bahan perisa aiskrim, dadih, agar-agar dan mousse.


:: Gorgonzola ::
English: Gorgonzola Cheese
Sejenis keju biru Itali dibuat daripada pempasteuran susu-susu lembu. Ia berwarna kuning pucat dengan mempunyai corak urat biru kehijau-hijauan. Baunya sangat berbeza kuat dan tajam bergantung pada kematangannya. Keju gorgonzola adalah sangat enak dan kaya berkrim. Biasanya dimakan mentah sebagai keju, pencuci mulut dan pencicah salad.


:: Gnocchi ::
English: Gnocchi
Sejenis pasta untuk mereka yang suka makan kentang. Ia juga dikenali sebagai dumpling kecil Itali. Diperbuat daripada kentang, tepung dan telur, kemudian dibentuk menjadi bentuk bujur bulat. Boleh juga diperbuat daripada tepung semolina.


:: Gratin ::
English: Gratin
Sejenis hidangan yang dihias atasnya dengan keju atau serbuk roti dicampur dengan ketulan-ketulan mentega. Selepas itu ia dipanaskan di dalam ketuhar atau di bawah gril sehingga perang dan rangup. Biasanya ia dimasukkan ke dalam pinggan ëovenproofí yang bujur dan cetek.


:: Garam ::
English: Salt
Garam atau Natrium Klorida ialah sesuatu bahan yang terhasil daripada proses peneutralan. Kebanyakan garam digunakan sebagai garam makan, dan berfungsi sebagai penyedap makanan namun sejak akhir-akhir ini garam juga digunakan dalam industri perubatan. Sebagai contoh, kebanyakan garam digunakan untuk menawarkan sesuatu komposisi kimia yang berlebihan dalam badan pesakit. Garam juga merupakan satu komposisi kimia yang berupaya untuk dijadikan sebagai bahan dagangan. ini adalah kerana garam pada masa kini merupakan satu bahan yang amat diperlukan sama ada digunakan dalam bidang perubatan, pertanian mahupun dalam bidang pembuatan makanan.


:: Garam Masala ::
English: Garam Masala
Garam Masala bermaksud rempah (masala) pedas (garam). Ia adalah campuran rempah-rempah yang mula digunakan di seluruh India. Terdapat pelbagai jenis garam masala di India. Antara bahan yang biasa dicampur ialah lada putih & hitam, bunga cengkih, daun bay, jintan, kayu manis, pelaga, buah pala, bunga lawang, dan biji ketumbar. Campuran bahan-bahan ini bersama rempah lain menjadikan pelbagai variasi garam masala yang didapati di India.


:: Gula Demerara ::
English: Demerara Sugar
Berwarna pucat, rasanya sederhana seperti gula tebu mentah. Ia dinamakan bersempena tempat asalnya - Demerara, di Guyana. Tetapi kini ia diimport daripada tempat-tempat lain seperti Jamaika, Malawi dan Mauritius. Secara tradisi ia sudah biasa dijadikan pemaniskan kopi dan rasanya sangat sempurna.


:: Gula Kastor ::
English: Castor Sugar
Gula Kastor atau gula halus adalah gula pasir yang dihaluskan menjadi serbuk. Lebih halus daripada gula halus.


:: Gula Melaka ::
English: Palm Sugar
Gula Melaka dihasilkan daripada getah yang dikeluarkan sama ada dari gula kabung atau kabung palmyra. Batang pokok ditoreh dan getahnya dialir keluar untuk beberapa bulan sebelum ia direbus sehingga menjadi manisan sirap. Sirap ini kemudiannya dikeringkan menjadi dalam bentuk kek. Kadang-kala sirap ini akan disalai dahulu, memberikan ia warna kehitaman dan rasa yang tersendiri. Gula Melaka boleh digunakan dalam masakan atau dimakan begitu sahaja. Ia digunakan untuk memaniskan masakan dan memberikan warna keperangan yang ia miliki.


:: Gula Perang ::
English: Brown Sugar
Diperbuat daripada gula tebu. Gula perang adalah gula putih yang telah dicampur dengan molasses iaitu sirap hitam pekat yang disaring daripada gula mentah semasa proses penapisan.


:: Gumbo ::
English: Gumbo
Sejenis sup pekat, bergelatin daripada Louisiana Amerika Selatan. Dibuat menggunakan bendi, ayam, ikan, ayam belanda atau makanan laut. Mempunyai rasa yang pedas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.