Tuesday, May 03, 2011

:: H ::

:: Halwa ::
English: Halwa
Halwa merupakan sejenis manisan dan pencuci mulut. Terdapat pelbagai jenis halwa di pasaran. Halwa di Timur Tengah diperbuat daripada biji-bijian bijan yang dipanggang dan madu.


:: Halia ::
English: Ginger
Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada. Biasanya dalam perubatan, halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula.


:: Halba ::
English: Fenugreek
Halba adalah bijiran benih keras daripada pokok kekacang. Ia boleh didapati sama ada dalam bentuk asal dan kering, atau serbuk berwarna kuning pudar, atau bijian kisaran daripada bijiran yang telah dipanggang. Rasanya aromatik, kuat dan pahit manis, seperti gula yang telah dibakar dengan sedikit saderi. Kegunaan utama halba adalah di dalam serbuk kari. Jika halba perlu digunakan dalam pes kari, rendamnya semalaman untuk ia mengembung dan menjadi lembut, supaya senang dicampur dengan bahan-bahan lain. Selain dari kari, halba juga digunakan untuk menambah rasa daging merah, ternakan dan sayuran. Namun, jika ia digunakan terlalu banyak ia akan meninggalkan rasa yang pahit. Sedikit bahagian daripada halba ini turut digunakan secara komersial dalam perisa buatan seperti vanila, caramel, butterscotch dan maple. Di Malaysia, ia dimasak dengan nasi di dalam masakan Nasi Dagang.


:: Halba Campur::
English: Mix Fenugreek
Halba campur adalah campuran daripada jintan kasar, jintan manis, biji sawi hitam dan halba. Halba campur ini boleh didapati di semua kedai runcit.


:: Herba ::
English: Herbs
Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan. Ia juga dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus. Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagian lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba dan pokok renek antaranya ialah selasih.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.