Tuesday, May 03, 2011

:: J ::

:: Jus ::

Jus didapati daripada buahbuahan atau sayuran yang dikisar atau diperah. Biasanya dalam bentuk minuman ataupun digunakan dalam masakan.



:: Jintan Putih ::
English: Cummin
Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh kandungan minyaknya yang banyak. Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis. Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak. Ia merupakan salah satu bahan di dalam serbuk kari dan serbuk campuran rempah lain. Ia digunakan dalam masakan stew dan panggang – terutamanya masakan kambing dan ayam. Ia menambah rasa ke dalam masakan nasi biasa, kekacang dan kek.


:: Jintan Manis ::
English: Fennel Seed
Jintan manis adalah rempah yang beraroma dan mempunyai rasa manis. Ia berwarna koko atau hijau ketika muda dan bertukar menjadi kelabu setelah matang. Ia mempunyai rasa menthol yang rendah dan sedikit tengik serta herba. Dalam masakan Melayu, ia sering digunakan bersama jintan putih dan dianggap rempah terbaik untuk masakan ikan. Selain itu, ia juga digunakan untuk menambah rasa ke dalam roti, gula-gula dan kek.


:: Jambu Batu ::
English: Guava
Jambu atau nama saintifiknya Psidium guajava L sesuai dibuat jem, diawet, dan sebagai jus. Buah yang telah masak mengandungi 10 kali lebih vitamin C dari buah oren. Ia juga mempunyai kandungan zat besi yang tinggi.


:: Jagung ::
English: Corn
Jagung atau nama saintifik Zea mays var. rugosa. Selain dimakan sebagai buah, jagung juga boleh digunakan sebagai bijirin sarapan atau dijadikan tepung. Ia mengandungi vitamin A dan protein.


:: Jagung Putik ::
English: Baby Corn
Jagung putik diambil dari tanaman jagung istimewa yang dituai awal iaitu ketika tongkolnya masih kecil dan belum matang. Kebiasaannya jagung putik ini digoreng bersama sayuran lain atau dijadikan salad. Rasanya lembut dan manis berbanding jagung lain.


:: Jambu Air ::
English: Water Apple
Jambu air adalah tumbuhan dalam suku jambu-jambuan atau Myrtaceae yang berasal dari Asia Tenggara. Jambu air sebetulnya berbeda dengan jambu semarang (Syzygium samarangense), kerabat dekatnya yang memiliki pohon dan buah hampir serupa. Beberapa kultivarnya bahkan sukar dibedakan, sehingga kedua-duanya kerap dinamai dengan nama umum jambu air atau jambu saja.


:: Jantung Pisang ::
English: Banana Flower
Jantung pisang adalah merupakan bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan.


:: Jering ::
English:
Jering atau Archidendron Jiringa Nielsen adalah tumbuhan yang berasal di Indonesia, Malaysia dan kawasan ASEAN. Daripada kajian yang telah dilakukan jering didapati mengandungi zat permakanan seperti 3.5 peratus protein, 0.1 peratus lemak, 1.7 peratus karbohidrat, banyak mengandungi kalsium, banyak mengandungi fosforus, banyak mengandungi besi, vitamin A, vitamin B, dan vitamin C. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.