Tuesday, May 03, 2011

:: M ::

:: Mee Telur ::
Sejenis mee berbentuk reben atau spageti yang diperbuat daripada tepung gandum dan telur.


:: Miso ::
Pes yang diperbuat daripada kacang soya, beras, barli atau rai. Ia digunakan di dalam masakan Jepun untuk membuat miso sup.


:: Mocha ::
Gabungan rasa kopi dan coklat.


:: Molases ::
Sirap hitam tebal iaitu satu keluaran sampingan penapisan gula. Rasanya sedikit pahit. Kurang manis daripada madu tetapi lebih berkhasiat daripada gula.


:: Manchego ::
Sejenis keju paling dikenali di Sepanyol. Manchego mudah juga di dapati di United Kingdom. Diperbuat daripada susu biri-biri baka Manchego


:: Mentega ::
Mentega adalah produk tenusu. Biasanya digunakan sebagai sapuan dan perasa selain daripada penggunaan dalam masakan.


:: Mengkudu ::
English : Canary Wood
Pokok Mengkudu atau morinda citrifolia dikenali masyarakat Melayu sebagai ubat. Pucuk mudanya dikatakan dapat mengawal batuk, muntah, demam dan dijadikan tonik. Masyarakat desa sering makan pucuk muda sebagai sayuran selepas dijadikan kerabu atau campuran nasi ulam. Buahnya juga dimakan segar yang dikatakan dapat melawaskan haid, diuretik dan laksatif. Mengkudu kini dipasarkan sebagai ubat yang dapat merangsang sistem imun dan antioksidan.


:: Marjoram ::
Marjoram juga merupakan sejenis herba yang digunakan dalam masakan barat terutamanya daging burger sama ada ayam ataupun daging lembu. Ia juga menjadi bahan tumis untuk memasak ikan atau daging. Daun marjoram boleh digunakan segar atau dikeringkan. Ia tidak perlu digunakan banyak dalam masakan kerana baunya yang agak kuat.


:: Minyak Sayur ::
Minyak merupakan bahan yang dihasilkan dari sumber tumbuhan yang dikenali sebagai pokok biji minyak. Bahan ini terdiri daripada trigliserida. Kebanyakan minyak sayur adalah diperbuat daripada kacang soya dan tinggi kadar lemak mono-tidak tepu dan poli-tidak tepu dan rendah kadar lemak tepunya. Kebanyakan minyak sayuran dimakan secara langsung atau tidak langsung sebagai bahan masakan. Tekstur minyak ini boleh bertindak menjadikan bahan lain kurang melekat sesama sendiri. Rasanya agak lembut dan sangat sesuai untuk masakan goreng terendam, goreng dengan minyak sedikit, goreng dalam kuali leper dan membakar kuih.


:: Minyak Bijan ::
Minyak bijan cerah diperbuat daripada biji bijan yang tidak dipanggang dan mempunyai rasa berkacang. Ia mengandungi lemak poli-tidak tepu yang tinggi iaitu 43 peratus dan terdiri daripada dua jenis iaitu cerah dan gelap. Minyak ini sesuai digunakan untuk masakan goreng pantas, masakan menggunakan kuali lombong dan untuk menyediakan ramuan hiasan. Minyak bijan yang dipemeringkatkan mempunyai kadar pembendung asap 170 Celsius dan semi pemeringkatan titik pembendung asapnya ialah 225ºC.


:: Minyak Bunga Matahari ::
Minyak ini diakui sebagai minyak yang baik dan merupakan minyak serba guna. Ia juga mengandungi vitamin E yang elok untuk tubuh. Diperbuat daripada biji bunga matahari. Warnanya kuning pucat dan rasanya tawar. Kandungan lemak tepunya adalah rendah manakala kadar lemak poli-tidak tepunya adalah tinggi. Minyak ini digunakan untuk masakan goreng terendam, goreng di kuali leper, menggoreng dengan minyak sedikit dan dituangkan ke atas hidangan salad.


:: Minyak Jagung ::
Ia merupakan minyak yang paling tawar dan tinggi kandungan lemak poli-tidak tepunya iaitu 62 peratus. Ia digunakan untuk membuat marjerin, hiasan salad dan mayones. Dengan kadar pembendung asapnya yang di tahap 220ºC, ia adalah paling baik digunakan untuk menggoreng dan goreng terendam kerana ia boleh menahan suhu yang tinggi tanpa mengeluarkan asap.


:: Minyak Kacang Soya ::
Minyak kacang soya merupakan minyak serba guna. Minyak ini melalui proses pemeringkatan yang amat tinggi. Teksturnya lembut dan versatil. Minyak yang diperbuat daripada ekstrak kacang soya ini mengandungi sitosterol yang berkhasiat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.


:: Minyak Kacang Tanah ::
Masakan yang menggunakan minyak kacang tanah rasanya lebih lazat dan berkacang. Minyak ini diperbuat daripada kacang tanah yang dikukus dan mengandungi 18 peratus lemak tepu. Minyak ini disarankan untuk masakan goreng cepat, goreng terendam dan goreng dalam kuali lombong serta leper.


:: Minyak Kelapa ::
Minyak kelapa juga merupakan minyak yang sering digunakan ketika memasak terutama untuk tujuan menggoreng dan menumis. Ia diperbuat daripada ekstrak kelapa dan kandungan minyak pada sebiji kelapa tua ialah sebanyak 34.7 peratus. Minyak kelapa adalah yang terbaik untuk kegunaan sebagai makanan. Ia mengawal kolesterol, meningkatkan fungsi tiroid dan bantu penghadaman.


:: Minyak Kelapa Sawit::
Minyak ini biasa digunakan dalam masakan. Ia sesuai digunakan untuk masakan goreng terendam, goreng di kuali leper, menggoreng menggunakan minyak sedikit. Tetapi minyak ini tidak sesuai untuk direnjis di atas salad. Diperbuat daripada isi kelapa sawit (palm kernel oil), selain digunakan untuk tujuan menggoreng, minyak ini juga dijadikan marjerin, shortening dan sebagainya. Minyak ini merupakan sumber provitamin A yang murah berbanding minyak yang lain.


:: Minyak Lobak Merah ::
Warna minyak ini sedikit kemerah-merahan. Ia diperbuat daripada lobak merah dan kaya dengan karotena. Minyak ini juga sesuai digunakan untuk menggoreng terendam, goreng minyak sedikit tetapi tidak sesuai untuk dijadikan bahan sampingan seperti masakan salad. Kelebihan utama minyak ini ialah ia anti oksida dan anti penuaan. Malah, ia amat elok untuk kesihatan terutama menjadikan kulit lebih cantik dan bermaya.


:: Minyak Zaitun ::
Terdapat tiga jenis minyak zaitun iaitu extra virgin olive oil, virgin olive oil dan olive oil. Selain digunakan dalam masakan, buah purba ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit. Ia menyumbang vitamin E dan F pada tubuh. Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epidemiologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus. Minyak zaitun mengandungi lemak mono-tidak tepu yang di ekstrak daripada pokok zaitun yang masak ranum. Minyak ini sesuai digunakan untuk menggoreng menggunakan sedikit minyak, goreng segera, goreng biasa dan pembuatan kuih.


:: Mangga : 
Mangga merupakan satu genus tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesies pokok buah tropika dalam famili Anacardiaceae. Buah ini merupakan buah kebangsaan India dan Pakistan, dan dipercayai dapat membantu menghentikan perdarahan, mengukuhkan jantung, dan memanfaatkan otak.


:: Madu ::
Madu adalah cecair manis dan pekat yang dihasilkan daripada nektar bunga pokok oleh lebah madu. Ia adalah bahan pemanis semulajadi yang banyak digunakan dalam masakan untuk mendapatkan rasa yang diinginkan. Warnanya terdiri daripada jernih ke putih legap dan juga dari merah bara atau amber ke coklat gelap. Rasanya bergantung kepada jenis bunga yang dipilih oleh lebah-lebah madu, yang terdiri daripada pokok bunga dalam pasu, rimbunan belukar, atau pokok seperti pokok chestnut atau tupelo. Setiap tumbuhan memberikan rasa yang berbeza, dengan sesetengahnya lebih kuat berbanding yang lain. Setiap tumbuhan memberikan rasa yang unik yang menjadi lebih kuat apabila warna madunya bertambah gelap. Madu yang berwarna gelap memberikan rasa kuat dan agak pahit. Madu adalah lebih manis berbanding gula dan memiliki komponen-komponen kimia yang sesuai untuk proses bakar


:: Manggis ::
Manggis berasal dari Timur India dan Asia, mempunyai kulit merah gelap dan berjus sedap berkrim. Kulit yang tebal melindungi bahagian isi putihnya yang lembut, mempunyai rasa manis, sedikit masam, dan menyelerakan. Selalunya, isi manggis adalah sebanyak 4 hingga 8 potongan, dan ia senang dikeluarkan untuk dimakan. Bijinya tidak dimakan. Manggis boleh diproses untuk dijadikan ais krim dan jem, tetapi tidak dapat dinafikan cara terbaik untuk memakan manggis ialah secara segar dan masak ranum. Rasanya tidak sama setelah diproses.


:: Marjerin ::
Marjerin adalah lemak sayuran yang telah diproses menjadi lembut dan mudah untuk disapu dengan rasa, tekstur dan rupa yang seakan-akan mentega. Marjerin boleh dijadikan pengganti dalam apa-apa masakan yang memerlukan mentega. Marjerin adalah lemak yang bebas kolestrol. Ia mempunyai kadar pembakaran yang terendah berbanding minyak dan lemak yang lain oleh itu tidak dijadikan pilihan untuk menumis ataupun menggoreng. Ia digunakan sebagai bahan penambah dalam pelbagai makanan seperti roti, biskut, sayuran dan makanan ringan serta berguna dalam masakan yang melalui proses pembakaran.


:: Mayonis ::
Mayonis ialah sos pekat dan berkrim yang diperbuat daripada minyak, kuning telur, jus lemon atau cuka, dan bahan perisa. Mayonis digunakan sebagai asas kepada sos lain, seperti sos tartar dan sos salad. Kaya dengan rasanya dan teksturnya yang berkrim, mayonis digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan siap, seperti disapu kepada roti sandwich atau biskut, dan sebagai pencicah makanan lain. Selain sebagai pencicah biasa, mayonis juga boleh ditambah dengan herba dan rempah seperti basil, jintan putih, dan serbuk cili. Ia juga boleh ditambah kepada ikan bilis atau puri asparagus.


:: Mentega Kacang ::
Mentega kacang boleh didapati dalam bentuk lembut, kasar (dengan kacang yang dicincang), semulajadi, kurang lemak, tanpa gula, dan juga ditambah dengan jeli buah-buahan. Selalunya, mentega kacang yang dikomersialkan itu diperbuat dengan mengisar kacang tanah tanpa kulit dan dicampur dengan minyak sayuran dan sedikit garam. Sesetengah jenis yang lain juga mengandungi gula dan bahan campuran untuk menambah perisa. Mentega kacang asli hanya mengandungi kacang dan minyak, yang akan terasing apabila dimasak. Mentega kacang komersial tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk, dan boleh bertahan hingga 6 bulan selepas dibuka. Ia tidak sesuai dibeku.


:: Mustard::
Mustard ialah pes pekat berwarna coklat-kekuningan dengan rasa yang tajam. Ia diperbuat daripada biji-biji tumbuhan keluarga sawi yang dikisar. Terdapat beberapa jenis mustard yang terdiri daripada pelbagai rasa. Rasanya bergantung kepada jenis biji, cara penyediaan, dan bahan-bahannya. Mustard selalunya digunakan bersama daging yang dihidang. Ia juga digunakan dalam mayonis, untuk memerap, dan sos bbq. Mustard boleh dijadikan asas dalam salad, apabila dicampur dengan cuka dan minyak zaitun. Mustard popular dimakan bersama hot dog dan pretzels. Mustard kering selalunya dijual dalam tin, dan digunakan untuk memasak.


:: Macaroon ::
Sejenis biskut yang liat dan diperbuat daripada gula, telur putih, pes badam, kacang badam. Ada juga yang mencampurkannya dengan kelapa. Biasanya biskut dilapiskan dua dan diletakkan jem atau coklat di tengahnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.