Tuesday, May 03, 2011

:: O ::

:: Oregano::
English: Oregano
Fungsi daun ini sama seperti daun thyme dan sering digunakan dalam membuat sos bolognaise. Daun oregano dan daun thyme merupakan herba yang perlu digandingkan bersama dalam masakan. Ini kerana kedua-dua bau herba ini begitu serasi dan menghasilkan aroma yang wangi.


:: Oregano Serbuk ::
English: Oregano Powder
Oregano memang janggal dalam masakan melayu, namun untuk aneka hidangan Italy dan Mediteranian, kehebatan herba oregano tidak mampu disangkal lagi. Serbuk yang diambil daripada daun herba ini punya rasa yang hebat dan panas. Ia biasanya digunakan dalam pembuatan sos tomato, sayuran goreng dan panggang serta penambah perasa dalam hidangan panggang lain seperti daging, ayam serta pizza. Selain rasanya yang seimbang, rasa asli pedasnya menambah perasa keseluruhan hidangan.


:: Oren ::
English: Orange
Oren tergolong dalam keluarga sitrus sama seperti lemon, limau nipis, limau bali dan angkatan aneka limau lain. Ia kaya dengan vitamin C dan penyumbang serat terbesar untuk tubuh. Selain dimakan mentah, oren juga dijadikan jus serta diadaptasikan dalam rangkaian manisan serta penambah perasa untuk menstabilkan masakan panggang.


:: Oat ::
English: Oat
Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung. Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat! Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai. Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.