Monday, June 13, 2011

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Bahan-bahan Kek Coklat Kukus:
2 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko Van Houten
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
 (bahan-bahan di atas hendaklah diayak sekali supaya kesemuanya sebati)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula (dikisar halus)
3 biji telur ayam
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air panas (mendidih)
Sedikit minyak masak (untuk melengser acuan kek)
Kertas minyak (mesti letak, klau x nnt kek melekat walaupun dah lengser acuan dgn minyak masak)
Aluminium foil

Bahan-bahan lapisan cheese:
250 gm cream cheese kraft
60 gm gula castor
25 ml air
1 biji telur gred A

Cara-caranya:
1.       Masukkan minyak & gula yg telah dikisar halus ke dalam bekas. Pukul sehingga gula betul2 hancur.
2.       Masukkan telur satu persatu & pukul hingga kembang. Ingat jangan pukul terlalu lama sangat, nanti kek akan jadi bantat.
3.       Kemudian barulah masukkan tepung gandum yang sudah diayak bersama serbuk koko, soda bikarbonat & baking powder sedikit demi sedikit sehingga habis. Ingat.. kacau dengan menggunakan whisk. Pastikan adunan tadi rata & tidak berketul2.
4.       Campurkan susu pekat ke dalam adunan dan kacau guna whisk aje.
5.       Masukkan air panas ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
6.       Tuang ½ dari adunan ke dalam acuan kek yang sudah dilengserkan dengan sedikit minyak masak & dialas dgn kertas miyak. Tutup acuan kek tadi dengan menggunakan aluminuim foil supaya air kukusan tidak menitik ke dalam adunan kek tadi. Klau x de aluminium foil, balut penutup kukusan dgn kain tuala pun boleh juga.
7.       Kukus selama 20 minit dengan menggunakan api kecil.

(Sementara menunggu lapisan pertama kek masak, bolehlah buat lapisan cheese)

8.       Masukkan cream cheese, gula castor & air ke dalam bekas. Pukul sehingga adunan kembang.
9.       Masukkan telur & pukul sekejap. Nak bagi rata je.
10.   Tuang adunan cream cheese ke atas lapisan kek coklat yang dah masak tadi. Tutup acuan kek dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
11.   Bila lapisan cheese dah masak, tuang baki adunan kek coklat tadi ke dalam acuan. Tutup acuan kek dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
12.   Bila dah masak, sejukkan kek coklat pada suhu bilik.

Tips:
Untuk mengetahui sama ada kek dah masak atau belum, cucuk kek tadi dengan menggunakan lidi. Jika lidi tadi bersih selepas dikeluarkan, maknanya kek sudah masak. Tetapi jika ada aduan kek yang melekat di lidi, maknanya kek belum cukup masak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.