Friday, November 25, 2011

Kuih Kasturi

Bahan2nya: 
1 cawan kacang hijau - rendamkan selama beberapa jam
Air secukupnya - untuk merebus kacang hijau
½ cawan gula pasir - ikut suka manisnya
3 sudu besar kelapa parut muda - putih sahaja
3 sudu besar tepung gandum

Bahan Batter:
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil kunyit serbuk
½ sudu kecil air kapur
Air secukupnya
Sedikit garam
Minyak utk menggoreng


Cara2nya:
1.       Kacang hijau direbus sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2.       Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3.       Ambil adunan sedikit dan bentukkan seperti bebola. Leperkan.
4.       Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kuih kacang.
5.       Panaskan minyak dan gorengkan kuih kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6.       Sejukkan sekejap dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.