Friday, November 25, 2011

Puding Triffle

Bahan2nya:
1 kotak Kristal Jelly (brand nona)
1 tin susu cair Ideal
1 senduk gula pasir
400 ml air
3 sudu besar (merumbu) Tepung Kastard
1 gulung kek swiss roll (perisa ikut citarasa masing2)
Buah-buahan campuran (dalam tin)
Sedikit buah strawberi (dibelah 2 atau 4)

1st Set – Penyediaan Lapisan Kek
Cara2nya:
1.       Potong kek swiss roll nipis2 (lebih kurang tebal 1-2 cm).
2.       Lepas dah potong, susun swiss roll rapat2 dalam dulang.
3.       Lepas tu.. pastikan segala lubang2 yg ada di antara kek2 yg dah disusun tu ditutupkan dengan cebisan kek juga... kiranya lapisan kek ni nak kena penuhlah dlm dulang...kemudian kita perlu lenyek-lenyekkan @ mampatkan kek tadi supaya tiada ruangan kosong.
4.       Nak tahu kenapa kita mesti mampat kan kek ni? Sebab nak protect bancuhan kastard supaya bercampur ngan kek... 
5.       Dah siap 1st Set... kita proceed dengan 2nd Set pulak... Dulang yg berisi kek tu boleh disimpan ketepi dulu...

2nd Set - Bancuhan Puding Kastard
Cara2nya:
1.       Bancuhkan 3 sudu besar tepung custard.
2.       Setiap 1 sudu tu, scoop jer penuh2 @ merumbu.
3.       Tuangkan 1 tin susu cair Ideal ke dalam tepung kastard tadi.
4.       Kemudian sukat 1 tin air dan tuangkan ke dalam bancuhan tadi.
5.       Kacau adunan tadi sehingga larut dan sebati... Note!!  tepung kastard ni dia berketul-ketul kalau tak kacau betul.. jadi pastikan adunan kastard nie digaul sampai takde ketul2 tau!
6.       Lepas dah sebati. Terus masak adunan tersebut ke dalam periuk. Api biar berada dlm keadaan sederhana.
7.       Bubuh sedikit gula (lebih kurang dlm satu senduk secara meleper jer) dan manis dia just nice. Kalau suka lagi manis, bolehlah tambah gula lagi. Untuk info, jelly & kek dah manis.. so seelok2nya untuk bahagian puding ni janganlah manis sangat.
8.       Lepas dah bubuh gula, kacau tanpa henti sebab adunan ni nanti makin lama makin pekat.
9.       Selepas bancuhan kastard dah menjadi pekat likat (dah nampak meletup-letup), terus tutup api... jgn biar lama nanti jadi keras.
10.   Ok.. lepas tu boleh terus tuangkan bancuhan kastard yg dah siap dimasak tu ke dalam dulang yg berisi kek tadi.
11.   Ratakan bancuhan kastard tadi.. NOTE!! kalau boleh jangan buat kerja ni bawah kipas... sebab kastard ni cepat keras.
12.   Proses seterusnya... susun buah-buahan diatas bancuhan kastard tadi... Waktu susun buah ni kalau boleh tekan2lah sikit supaya  waktu nak tuang jelly nanti buah tak terapung!

3rd Set - Bancuhan Kristal Jelly
Cara2nya:
1.       1 peket jelly kristal nona dibancuhkan dgn 400ml air.
2.       Masakkan bancuhan jelly ni atas dapur.. kacau sampai adunan hancur... tak payah bubuh gula lagi dlm bancuhan ni sebab dia dah siap2 ada gula dah.
3.       Bila jelly dah larut, tutup api. Kemudian boleh terus tuangkan atas bancuhan puding kastard & buah-buahan tadi. NOTE!! Tuang bancuhan jelly perlahan2 sebab bancuhan kastard tadi belum cukup keras lagi.
4.       Tuangkan jelly sehingga menutupi puding & buah-buahan.
5.       Lepas dah siap tuangkan jelly, biarkan puding tu sampai dia suam... kemudian masukkan dlm peti ais supaya dia keras.
6.       Bila puding dah keras, bolehlah potong & hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.