Thursday, December 12, 2013

Kek Minyak Kukus


Bahan2nya:
5 biji telur gred A
1 cwn gula
1 sudu besar ovalette
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak
2 cwn tepung + 1 sudu teh baking powder - diayak
Esen vanila

Pewarna
1 sudu kecil  pes pandan + sedikit pewarna hijau
1 sudu besar serbuk koko

Cara2nya:
  1. Panaskan kukusan. Loyang disapu minyak utk elak kek dari melekat.
  2. Pukul telur, gula & ovallette sampai kembang (pukul step by step smpai max kelajuan mixer sampai jadi gebu & putih. Lebih kurang dalam 10 minit).
  3. Masukkan susu pekat, minyak masak & esen vanila. Pukul sebati.
  4. Kemudian baru masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Pukul sebati.
  5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. 1 bahagian biar plain. 1 bahagian masukkan pes pandan dan pewarna hijau. 1 bahagian lagi masukkan serbuk koko dan gaul rata.
  6. Tuang ke dalam loyang bergris secara berselang seli. Mulakan dengan 1 senduk adunan plain. Diikuti 1 senduk adunan coklat di atas adunan plain, dan 1 senduk adunan pandan di atas adunan coklat. Ulang langkah ini hingga habis untuk dapat hasil marble.
  7. Ketuk2 sikit loyang agar rata. Kalau nak buat corak, lorekkan adunan tadi dgn menggunakan lidi/ pencungkil gigi.
  8. Tutup loyang dengan menggunakan aluminium foil dan kukus selama 50 minit atau hingga masak.
  9. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dr loyang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.