Monday, March 02, 2015

Cucur Udang

Bahan2nya:
1 kg tepung gandum
1 paket kecil yis mauripan
1/2 senduk penuh bawang besar yg telah diblend
Udang besar - dibuang misainya sahaja
Sedikit kucai
Sedikit taugeh
Sedikit serbuk kunyit
Garam
Air secukupnya

Cara2nya:
1. Gaulkan tepung gandum, yis mauripan, garam, bawang merah/besar yang telah di blend, taugeh, kucai, sedikit pewarna @ serbuk kunyit bersama sedikit demi sedikit air. Gaul rata sehingga tepung dan yis tadi naik.
2. Setelah panaskan minyak, celup senduk dalam minyak panas seketika dan letak tepi.
3. Ambil sedikit adunan tepung ke dalam senduk, ratakan, letakkan udang di atasnya, kemudian masukkan dalam minyak panas. Bila cucur telah sedikit garing keluarkan ia perlahan2 dengan menggunakan sudip, bila cucur telah masak bolehlah diangkat dan di  hidangkan bersama kuah lada….

Nota:
1. Sebelum menuang tepung pada senduk tu kena rendam sekejap senduk tu kat minyak panas agar senduk tu panas sikit dan kena letak sedikit minyak tadi dalam senduk tu. kemudian baru tuangkan tepung dan buat step seterusnya. 


Bahan2 KuahLada:
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam

Cara2nya:
1. Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam.
2. Masak dengan api perlahan hingga pekat. 3. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.