Pages

Tuesday, March 17, 2015

Lala Masak Kam Heong

Bahan2nya:
BAHAN A:
800g lala (anggaran je sb saya guna 2 pek lala yg dah siap packing tu)
1 labu bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 sudu makan udang kering - rendam - tos - tumbuk kasar
5 biji cili padi - tumbuk
3 biji cili kering - rendam guna air panas - buang biji
daun kari secukup kegunaan
1 sudu makan rempah kari (saya guna kari daging babas)
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
1 - 1 1/2  sudu makan sos tiram
1 sudu kecil sos cili
sedikit air
serbuk pati ayam tumix - ganti dgn garam pun boleh
sedikit gula
daun bawang secukupnya - dihiris

BAHAN B:
3 biji cili padi
1 labu bawang merah - saiz sederhana
1/2 - 1 inci belacan

Cara2nya:
1. Bersihkan lala & rendam seketika utk buangkan pasir & kotoran - toskan
2. Bahan B di goreng sekejap dlm minyak panas - tumbuk dlm lesung batu & tumis semula menggunakan periuk & minyak yg sama (pastikan minyak dlm kuantiti yg sesuai.. jgn byk sgt) - ketepikan
3. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, cili kering, udang kering & daun kari - tumis hingga wangi.
4. Tambahkan serbuk kari & tumis lagi seketika
5. Perasakan dengan kicap pekat, kicap cair, sos tiram, sos cili, pati ayam & gula - tambahkan air & masak hga kuah mendidih
6. Tambahkan pula bahan B - masukkan lala dan gaul rata - sesuaikan rasanya mengikut citarasa masing2
7. Tutup periuk beberapa minit sehingga lala masak.
8. Matikan api - taburkan daun bawang - gaul rata & hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.