Pages

Monday, April 13, 2015

Biskut Semperit Kastard @ Asli

Bahan2nya: (130 biji)
1 ketul buttercup
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung custard
1/2 cawan tepung sagu (tukar kpd 1/2 cawan tepung susu)
1 cawan gula ising
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur kuning
1 sudu kecil coklat emulco
Sedikit coklat urai & badam cincang (hiasan)

Cara2nya:
1. Pukul buttercup & gula sehingga gula hancur.
2. Masuk kuning telur & esen vanila. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard & tepung susu yg telah diayak sedikit demi sedikit.
4. Kalau lembik sgt, tmbh tepung jagung.
5. Terapkan adunan dalam loyang angaran 2.5 cm dgn menggunakan acuan semperit.
6. Letakkan coklat urai & badam cincang di atas adunan yg telah diterap sebagai hiasan.
7. Bila sejuk simpan di dalam bekas kedap udara. Adunan ni x keras, lembik2 je tpi x melekat kt tgn. Kalau lembik sgt, tmbh tepung jagung.
9. Bakar guna suhu 175°C selama 20 minit. Agak2 lah.

Nota:
Tak perlu pukul telur, mentega & gula lama sgt. Takut nnt biskut jd kembang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.