Monday, April 13, 2015

Popia Sira Pedas

Bahan2nya:
1 bungkus kulit popia 400 gram
1 sudu besar bawang putih yang telah dikisar
3 sudu cili kering yang dikisar
6 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit cuka
Lidi satay utk menggulung
Minyak utk menggoreng
Telur sebagai bahan pelekat

Cara :
1. Gulung popia gunakan lidi satay
2. Gulung hingga habis, tinggalkan dlm 1-2cm untuk gamkan dgn telur.
3. Buat hingga habis peket popia.
4. Sementara itu tutup bekas berisi popia gulung dengan kain lembab supaya tidak kering jika tidak susah nak gunting.
5. Kemudian potong serong jarak 1-2cm.
6. Goreng dengan api perlahan/kecil.
7. Angkat dan toskan minyak.
8. Gorengkan campuran bawang putih, cili kisar dan gula sehingga air gula berbuih dan likat.
9. Masukkan garam dan cuka secukup rasa.
10. Kemudian masukkan popia yang telah digoreng tadi.
11. Tutupkan api dan digaul sehingga rata.

Cara Menggulung Popia:
1. Letak lidi sate dan lipat sikit kulit popia.
Tips:
Kalau jari masih kaku lagi taruk putih telur kat tepi supaya tak terbukak bila start menggulung.
2. Kulit popia dah separuh digulung.
Tips:
Jangan ditekan bila menolak kulit tu untuk gulung sebab nanti jadi kayu sebatang. Hasilnya akan keras. Bila tak tekan, gulungan tu akan longgar sikit dan bila dah gunting and goreng akan nampak cam kelopak bunga dan rangup.
3. Bila dah sampai hujung, letak putih telur cam lite nak lekatkan dia.
Tips:
Lekatkan betul2 dan jangan ada yg terbuja sebab nie yang menentukan popia tu terbuka atau tak bila di gunting dan goreng. Keluarkan lidi sate.

Tips Goreng:
1. Gunakan api yang sederhana bila menggoreng.
2. Jangan di kacau bila baru masukkan kulit dalam kuali sebab nanti gulungan dia terbuka. Kulit masih lembut.
3. Apabila kulit mula garing (tapi masih warna putih), baru di kacau supaya sebelah bawah tak warna brown dulu. Nanti warna tak sekata.
4. Bila dah mula brown hendaklah sentaiasa dibalik2kan supaya warna sekata.

Tips Sira:
1. Minyak sedikit sahaja (saya cuma ambil 1 sudu shj) dan masukkan lada kisar, gula dan bawang putih. Baru buka api dan kacau supaya tak berkerak kat bawah. Api sederhana supaya lada boleh masak lama sikit.
2. Bila gula mula cair semua akan nampak cair. Kacau hingga mula berbuih2 dan likat.
3. Masukkan cuka, kacau hingga sebati.
4. Tutup api, masukkan popia yg telah digoreng sedikit2 dan kacau rata cepat2. Buat hingga habis.
5. Balik2kan popia lama sikit supaya semua sebati. Tapi make sure jgn popia tu hancur. Sejukkan..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.