Thursday, March 17, 2016

Aiskrim Oreo, Vanilla & Strawberry

(Adunan ni dapat 3 bekas aiskrim)
Bahan2nya:
4 1/2 cawan susu segar (saya beli 1 kotak besar + 1 kotak kecil Dutch Lady Pure Farm)
1 tin + 3 sudu besar susu pekat manis (klau nak manis, lebihkan)
4 sudu teh esen vanilla (saya guna Star Brand. klau guna jenama lain sila kurangkan sukatan sbb takut pahit)
3 sudu besar Ovalette (orang guna untuk pelembut kek/roti)

Perisa blh ikut citarasa masing2.
(Saya buat perisa vanilla, oreo & strawberry)
** 4 keping Biskut oreo tanpa inti cream (dihancurkan kasar2)
** 1 sudu besar Strawberry emulco


Cara2nya:
1. Campurkan susu, esen vanilla, susu dan ovallete dalam bekas besar. Pastikan bekas tu bersih dan kering.
2. Pukul bahan2 tadi dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi selama 20-25 minit sehingga adunan tadi kental.
3. Asingkan ke dalam 3 bekas berasingan.
4. Masukkan perisa kegemaran ke dalam bekas aiskrim tadi dan kacau sebati.
5. Pastu bekukan dalam peti sejuk.


Nota:
Saya buat aiskrim vanilla Oreo, vanilla & strawberry.
Untuk perisa vanilla, saya x letak apa2 perisa tambahan lg. Cuma masukkan adunan ke dalam bekas bertutup dan bekukan.


Untuk perisa strawberry, saya campurkan 1 sudu besar strawberry emulco dan kacau sebati lepas tu bekukan.

Untuk perisa oreo, saya hancurkan biskut Oreo (kasar2) dan campurkan ke dalam bekas aiskrim tadi, kacau ala kadar jer dan bekukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.