Tuesday, May 03, 2011

:: T ::

:: Terung ::
English: Egg Plant
Berwarna ungu pekat dan berbentuk buah pir. Isinya berwarna kuning putih dan lembut. Biji benih boleh dimakan.


:: Terung Pipit::
Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum. Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika. Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.


:: Tiramisu ::
Sejenis pencuci mulut Itali seperti trifle, diperbuat daripada biskut span Itali. Enak dicicah dengan kopi.


:: Telur ::
English: Egg
Telur merupakan salah satu sumber makanan yang mengandungi protien.



:: Tauhu ::
Tauhu adalah sejenis mekanan yang dibuat daripada pati kacang kedelai(soya). Tauhu dikatakan berasal dari negara China sejak 2000 tahun yang lalu. Merupakan makanan yang tinggi protien dan baik untuk kesihatan.


:: Tepung Jagung ::
English: Corn flour
Tepung daripada jagung, digunakan untuk memekatkan kuah.


:: Tepung Roti ::
English: Bread Flour
Satu sebatian khusus tepung berprotein tinggi yang lazimnya diperoleh daripada jenis gandum musim sejuk yang lebih keras.


:: Timun ::
English: Cucumber
Timun atau mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai sayur-sayuran. Ia juga tergolong dalam keluarga yang sama dengan tembikai dan labu. Timun boleh dimakan mentah ataupun dimasak. Timun mengandungi protein, lemak, karbohidrat, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, B2 dan vitamin C. Jus timun elok diminum ketika sakit tekak dan batuk-batuk. Malah, timun juga sesuai diamalkan oleh individu yang menghadapi masalah membuang air besar.


:: Tomato::
English: Tomato
Buah tomato boleh dimakan mentah dan dimasak. Malah, ia juga boleh dijadikan jus minuman. Ini kerana tomato mengandungi vitamin C yang tinggi dan bertindak sebagai anti oksidan. Tomato juga tidak menggemukkan kerana ia mengandungi 21 kalori sahaja. Kandungan airnya yang tinggi iaitu lebih daripada 90 peratus menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar dari badan ketika sedang berdiet.


:: Tepung Gandum Serba Guna ::
English: All Purpose Flour
Tepung gandum serba guna ini sering kali dirujuk sebagai tepung berprotein sederhana. Ia sesuai digunakan untuk membuat biskut, pai dan pastri.


:: Tepung Halus ::
English: Superfine Flour
Tepung halus ini sama seperi tepung kek atau superfine flour, ianya putih dan halus. Juga dikenali sebagai tepung ratio tinggi. Tepung berprotein rendah ini diproses sehingga menjadi butiran halus yang sama ukuran dan telah diubah untuk menjadikannya sesuai untuk membuat kek. Sebagai alternatif tepung gandum juga boleh digunapakai, dengan kaedah mengayak 3-4 kali. Jika suka, tepung Hong Kong juga boleh digunakan.


:: Tepung Malt ::
English: Malt Flour
Tepung yang mengandungi gula maltose yang diraih daripada tanaman gandum atau barli yang baru tumbuh. Ia merupakan bahan tambahan yang berkhasiat pada roti.


:: Thyme ::
English: Thyme
Daun thyme biasanya dicampurkan dalam sajian seperti sos bolognaise. Herba ini amat sesuai untuk bahan makanan seperti daging. Ini kerana aromanya mampu menenggelamkan rasa dan bau hanyir daging. Daun thyme juga boleh didapati dalam bentuk serbuk, namun baunya tidaklah ‘sehebat’ daun thyme yang segar. Tetapi, daun thyme sukar dihancurkan kerana strukturnya yang sedikit kasar. Setangkai daun thyme sudah cukup untuk menjadikan masakan berasaskan daging menjadi lazat dan aroma memikat!


:: Teh ::
English: Tea
Teh adalah minuman berkafeina dan dihasilkan daripada daun atau pucuk pokok renek Camellia sinensis atau Camellia thea di dalam air panas dan sejuk, melalui cara rendaman atau campuran. Cara pemprosesan melibatkan pengoksidaan, pemanasan dan pengeringan. Selain itu, untuk memberi rasa yang berlainan dan peningkatan kualiti, teh dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah, bunga dan perasa buah.


:: Tiram ::
English: Oyster
Sejenis hidupan laut bercengkerang dan mempunyai rasa yang enak. Biasanya ia dimakan mentah bersama lada hitam, perahan jus limau dan sos Tabasco. Bagaimanapun ia boleh dikukus dan dipanggang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.