Tuesday, May 03, 2011

:: U ::

:: Udang Kering ::
Udang kering dihasilkan daripada udang kecil yang kemudiannya dikeringkan dengan kepanasan cahaya matahari sehingga benar-benar kering. Biarpun memakan masa yang lama pembuatannya, namun khasiat dan kepelbagaiannya dalam penyediaan menu sentiasa diakui. Ia seringkali digunakan dalam pembuatan sup, tumisan sayuran serta aneka masakan sayuran lain.


:: Udang Geragau ::
Udang geragau juga dikenali sebagai udang baring atau udang geraguk atau bubuk. Ia merupakan sejenis udang yang bersaiz paling kecil dan hanya didapati di pantai tertentu sahaja. Biarpun kecil namun udang geragau ini mengandungi kandungan protein yang cukup tinggi. Ia biasanya digunakan untuk penyediaan belacan, namun ada juga yang mengadaptasikannya dalam pembuatan masakan lain seperti tumisan sayur dan sebagainya.


:: Ubi Kentang ::
Ubi kentang atau nama saintifiknya Solanum Tuberosum merupakan tumbuhan berumbi yang keempat paling banyak ditanam di dunia. Ia seringkali dijadikan sebagai makanan tambahan dalam aneka masakan utama lain seperti pembuatan kari dan aneka sayuran lain. Malah kentang yang kaya karbohidrat ini juga dipelbagaikan dengan kaedah memasak lain seperti merebus, membakar, stim, melenyek, atau menggoreng yang ternyata lebih menarik minat semua.


:: Ubi Keledek ::
Keledek atau dalam bahasa saintifiknya Ipomoea Batatas merupakan keluarga ubi yang manis dan berkhasiat. Ia lebih cenderung digunakan dalam pembuatan kuih muih dan manisan. Rasanya yang manis semulajadi membekalkan gula dan karbohidrat yang baik untuk tubuh. walaupun manis namun kajian menunjukkan bahawa ubi keledek membantu menstabilkan kadar gula di dalam darah.


:: Ulam raja ::
Pokok Ulam Raja merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok. Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Ia membantu membersihklan darah dan memperkuatkan tulang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.