Tuesday, October 04, 2011

Mee Rebus Udang

Bahan2 untuk kuah mee:
½ kg Ubi keledek merah (direbus & dikisar)
2 biji Bawang Merah besar (dikisar halus)
4 ulas Bawang putih (dikisar halus)
½ inci Halia (dikisar halus)
50 gm Udang kepal @ udang geragau (dikisar halus)
4 sudu besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
300 gm Udang Basah (Kepala & kulitnya dikisar halus & ditapis airnya)
Sedikit isi Udang basah
Tepung jagung (cairkan dgn sedikit air - utk. memekatkan kuah)
Gula, garam & ajinamoto secukup rasa.
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan2 sampingan:
Paru lembu (direbus, digoreng & dihiris nipis)
Tauhu basah (digoreng & dihiris nipis)
Fish kek (digoreng & dihiris nipis)
Telur ayam (direbus & dibelah 4)
Daun sup & bawang (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Bawang goreng
Taugeh (dicelur sekejap dan ditoskan)
Mee kuning (dicelur sekejap dan ditoskan)

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan2 yang dikisar halus (cili kering, bawang merah, bawang putih, halia & udang kepal) sehingga wangi dengan menggunakan api yang kecil. 
  2. Masukkan air kepala udang yang telah dikisar & ditapis, ubi keledek kisar dan isi udang. 
  3. Tambahkan air secukupnya dan masak sehingga mendidih. 
  4. Perasakan dengan garam, gula dan ajinamoto secukupnya. Tambahkan sedikit air tepung jagung jika kuah tadi kurang pekat. Kebiasaannya kuah mee rebus agak manis dan pekat sedikit. 
  5. Angkat dan hidangkan bersama mee kuning dan bahan2 sampingan semasa kuah masih panas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.