Monday, January 20, 2014

Kek Coklat Moist Mudah

Bahan2nya:
Bahan A
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak @ 1 cawan mentega cair
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum - diayak
1 sudu teh soda bikarbonat - diayak
1 sudu teh baking powder - diayak

Bahan C
3 biji telur

Cara2nya:
  1. Campurkan kesemua Bahan A ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut dan biarkan bancuhan tadi suam.
  2. Sementara menunggu bancuhan tadi suam, ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder.
  3. Blend telur hingga kembang dan letak tepi.
  4. Masukkan Bahan B ke dalam Bahan A dan gaul sebati.
  5. Kemudian, masukkan Bahan C dan kacau sebati dengan menggunakan whisk.
  6. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1 @ 1 1/2 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  8. Angkat dan sejukkan.

GANACHE SIMPLE
Bahan2nya:
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

Cara2nya:
  1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut.
  2. Biarkan seketika baru dicurah atas kek.

Nota:
Kaedah menggunakan minyak sbg menggantikan butter adalah utk menghasilkan ganache yg berkilat. Dan juga kek yg dihias dgn ganache ni ganachenya tak mengeras @ berkeping bila diletak di dlm peti ais.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.