Sunday, January 12, 2014

Ayam Goreng Berempah Mamak Haji

Bahan2 nya:
1 ekor ayam - potong 10.
(Bersihkan dulu, tapis pastu gaul dgn garam dan kunyit. Perap selama 1 jam dlm peti ais)

Bahan2 Salutan Ayam:
2 sudu tepung ubi
1 sudu tepung jagung
1 cawan tepung beras
1 sudu serbuk lada putih
1 sudu halia
3 ulas bawang putih - ditumbuk hancur
1 sudu serbuk kari daging

1 sudu cili kisar.
2 tangkai daun kari - dipotong halus2
Garam secukup rasa.
1kg minyak masak - untuk goreng tenggelam
Pewarna merah & oren

Cara2nya:
  1. Bersihkan ayam dan tapis hingga kering airnya.
  2. Masukkan serbuk kunyit, garam, bawang putih dan halia. Perap 1 jam dlm peti ais.
  3. Keluarkan ayam tadi & masukkan tepung ubi, tepung beras, tepung jagung, serbuk lada putih & daun kari.
  4. Gaul hingga sebati.
  5. Letak 1/2 sudu kecil pewarna merah & oren.
  6. Perap lagi selama 20 minit sebelum menggoreng supaya semua bahan diserap masuk & sebati dgn ayam tu.
  7. Panaskan kuali & minyak.
  8. Masuk ayam & goreng dlm 2 - 3 ketul untuk pastikan ayam masak elok dengan menggunakan api sederhana selama 20 minit atau sehingga ayam elok masaknya. Selalunya ayam akan terapung bila dh masak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.