Thursday, January 30, 2014

Melty Hershey's Chocolate

Bahan A:
250gm UHT Whipping Cream (Dairy fresh cream) - saya guna jenama Anchor
250gm cream cheese - saya guna jenama Anchor
200ml susu pekat manis - kurangkan kalau tak suka manis

Bahan B:
Syrup coklat jenama Hershey's (nak guna perisa strawberry pun boleh)
Biskut Marie/ Oreo - dihancurkan

Bahan2 Hiasan:
Coklat chips, kekacang/ badam/ walnut (disangrai), cheddar cheese (disagat/diparut)

Cara2nya:
  1. Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan susu pekat. Putar hingga rata kemudian masukkan pula UHT Whipping Cream. Putar lagi hingga bercampur rata. 
  2. Ambil bekas & ceduk 1 senduk adunan cheese & tuang ke dalam bekas.
  3. Letak biskut yang dihancurkan tadi.
  4. Kemudian picitkan syrup Hershey's & ratakan.
  5. Taburkan coklat chips.
  6. Ulang step diatas sehingga habis.
  7. Untuk lapisan atas sekali, tuang adunan cheese. 
  8. Taburkan bahan hiasan mengikut kreativiti.
  9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.