(Loyang 8 x 8)
10 biji telur gred A
450gm mentega berkualiti tinggi (Golden Churn/Achor)
3/4 cawan gula kastor
2 cawan nestum - dikisar halus
1 cawan serbuk almond
1 cawan serbuk horlicks
1 cawan tepung hongkong - diayak
2 sudu kecil esen vanila
1 botol besar (60ml) pes pandan
1 cawan susu pekat manis
Cara2nya:
- Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka)
- Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanila hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
- Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna kelajuan perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
- Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar hingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum. Kacau sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit mentega (supaya permukaan kek tidak melekat pada kertas foil).
- Kukuskan selama 4 jam. Tambah air panas dalam pengukus jika air hampir kering.
- Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.