Thursday, July 10, 2014

Mee Sanggul Style Raichan

Bahan2nya:
200gm mee sanggul - direndam dgn air panas
12 pcs cendawan kering - dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air
300gm ayam - dipotong kecil
4 ulas bawang putih - diketuk
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu teh lada putih
1/2 sudu teh lada hitam
2 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 1 mangkuk air
2 biji telur
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa

Cara2nya:
  1. Tumis bawang putih dgn sedikit minyak masak.
  2. Masukkan lada putih dan lada hitam.
  3. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam agak masak.
  4. Masukkan kicap dan sos tiram.
  5. Masukkan cendawan bersama-sama air rendamannya sekali. Kuatkan api dan biarkan kuah mendidih.
  6. Kemudian tambahkan air dan biar sehingga ayam dan cendawan lembut.
  7. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat. Perasakan garam dan gula.
  8. Masukkan mee dan kacau rata. Boleh tambah air jika perlu.
  9. Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan dikacau. Hidangkan bila telur sudah mula mengeras sedikit.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.