Tuesday, July 15, 2014

Puding Roti Pelangi

Bahan2nya:
6 keping roti gardenia - dicarik2
6 sudu besar gula
1 tin susu pekat manis - 505gm
2 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
20 gm agar2 tali - direndam
6 cawan air
3 jenis pewarna star brand (pink, kuning, hijau)

Cara2nya:
  1. Masukkan roti yg dicarik2 tadi ke dalam blender bersama2 gula, susu pekat manis, telur & 1 cawan air. Kisar sehingga hancur.
  2. Masak agar2 yg direndam tadi bersama 5 cawan air sehingga agar2 larut.
  3. Masukkan esen vanila & bahan2 yg dikisar tadi. Biar sehingga mendidih.
  4. Kemudian bahagikan bancuhan kepada 3 warna.
  5. Sendukkan bancuhan ke dalam loyang berselang-seli sehingga habis bancuhan.
  6. Sejukkan..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.