:: Doh ::
English : Dough
Doh adalah gabungan bahan seperti tepung dan air diadun dan di uli sehingga menjadi lembut. Adunan ini boleh dibentuk.
:: Dulang Pembakar ::
English: Baking Tray
Pelbagai saiz yang dibuat daripada aluminium atau besi tahan karat yang digunakan semasa membakar biskut atau sebagainya.
:: Double Boil ::
English: Double Boil
Double Boil adalah satu kaedah untuk mencairkan coklat dan lain-lain. Caranya dengan memanaskan air di dalam bekas/periuk. Kemudian letakkan bekas/periuk kecil berisi coklat di atasnya. Atau dapatkan periuk khas bertingkat di pasaran.
:: Daging Tetel ::
Daging Tetel bermaksud bahagian daging yang berlemak.
:: Daging Kambing ::
English: Mutton
Tanggapan salah bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol tinggi yang membahayakan jantung. Tanggapan ini tidak benar kerana ia berpunca daripada salah faham mengenai daging kambing biasa dan daging kambing biri-biri. Tidak seperti daging kambing biri-biri, daging kambing biasa mengandungi kandungan lemak dan kolesterol yang sangat rendah. Keistimewaan lain yang terdapat dalam daging kambing termasuklah: 1. Baik untuk jantung dan ia disyorkan oleh American Heart Association bagi mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan yang melibatkan jantung. 2. Ia kaya dengan protein dan ratio lemak sihat. 3. Mengandungi zat besi dan potasium yang tinggi beserta dengan tahap sodium yang rendah. 4. Kandungan kalori dan kolesterolnya lebih rendah berbanding daging lembu dan ayam. 5. Tiada pencemaran hormon seperti daging ayam dan pencemaran bakteria sepertimana yang ada pada ikan.
:: Daging Lembu ::
English: Beef
Daging lembu adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh, daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang. Selain itu, terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut dan punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.
:: Daun Gelugur ::
English:
Pokok asam gelugur ataupun nama saintifiknya garcinia griff ex t. anders sama spesies dengan manggis, buah dikeringkan dan dijadikan asam keping.
:: Daun Serai Kayu ::
English : Indonesian Bay-Leaf
Daun Serai Kayu atau nama saintifiknya Syzygium polyanthum juga dikenali dengan nama daun salam, samak kelat, bay leaf, daeng klua(Thai) atau Indonesian bay-leaf. Pucuk Serai Kayu ni sedap dibuat ulam dan antara ramuan dalam nasi kerabu. Daunnya juga digunakan untuk merawat kudis dengan cara ditumbuk halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut. Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga digunakan bagi menurunkan kolesterol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya tiga kali sehari.
:: Daun Gajus ::
Pucuk Gajus sememangnya sudah terkenal dalam dunia ulam-ulaman. Rasanya sedikit kelat tetapi sedap sekali dicicah dengan sambal belacan dan di makan bersama nasi. Selain itu, daunnya juga mempunyai beberapa khasiat yang ramai orang tidak tahu. Daun gajus boleh dijadikan teh bagi merawat diarrhoea, ketidakhadaman perut dan sakit perut. Patinya pula boleh digunakan untuk mandian, manakala kulitnya pula boleh dijadikan sebagai teh untuk merawat penyakit diarrhoea dan dysenteri.
Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan. Daun kaduk sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan melayu. Daun kaduk sesuai digunakan untuk mengubati sembelit, sakit gigi, demam malaria, cacing, lemah badan dan lenguh tulang, batuk dan juga panau. cara rawatannya ialah dengan merebus terlebih dahulu daun kaduk tersebut dan air rebusan tadi diberi minum kepada mereka yang mengalami masalah dan penyakit yang disebutkan di atas.
:: Daun Kesum ::
English : Vietnamese Mint/ Laksa Leaves
Daun Kesum atau nama saintifiknya Polygonum Minus merupakan tumbuhan yang cukup penting bagi penggemar masakan asam pedas dan laksa. Daun kesum ini membekalkan khasiat pemakanan yang seimbang di mana ia kaya dengan beta karotena, kalsium, fodforus, vitamin A dan Vitamin C. Selain digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur.
Daun Kesum atau nama saintifiknya Polygonum Minus merupakan tumbuhan yang cukup penting bagi penggemar masakan asam pedas dan laksa. Daun kesum ini membekalkan khasiat pemakanan yang seimbang di mana ia kaya dengan beta karotena, kalsium, fodforus, vitamin A dan Vitamin C. Selain digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur.
Daun Kunyit yang datangnya daripada rizom kunyit hidup ini sangat memerlukan cahaya matahari untuk kekal subur. Daunnya licin, besar dan bujur serta bewarna hijau. Daun kunyit mempunyai aroma yang wangi dan mempengaruhi keenakan rasa masakan.
Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun kari ini. Dari segi perubatannya, khasiat daun kari amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak berdarah. Selain itu khasiat daun kari juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.
Daun halba muda boleh dimakan seperti ulam. Samada daun kering atau sedar, ia digunakan untuk menambah perisa masakan. Daun kering (juga dipanggil Kasuti Methi) mempunyai rasa yang sedikit pahit dan berbau kuat. Ia menambahkan rasa unik kepada masakan India. Tambahkan daun halba kepada masakan dal, sayuran, nasi, atau atta (tepung capati). Guna pada akhir proses memasak supaya rasanya tidak terhapus oleh suhu tinggi. Daun halba mempunyai diet serat yang baik dan kaya dengan Vitamin C dan Vitamin K. 100 gram daun halba hanya mengandungi 49 kalori dan ia senang dihadam oleh tubuh manusia.
Daun limau purut memberikan rasa dan aroma limau dan lemon yang unik. Warnanya hijau gelap dengan permukaan yang berkilat. Ia berbentuk seakan-akan dalam dua bahagian: bahagian atas daun mempunyai hujung yang tajam dan bersambung dengan sehelai daun lagi yang mempunyai ruang yang lebih luas di bahagian atasnya. Dalam masakan sup, gunakan daun ini secara bentuk asal atau koyakkan ke beberapa bahagian, sama seperti penggunaan daun bay dalam masakan stew atau reneh. Daun limau purut kering yang dipotong halus atau dihancurkan, digunakan di dalam masakan Tom Yam, goreng dan kari, terutamanya yang mengandungi santan kelapa.
Pokok pandan terdapat di hampir setiap laman dapur di Singapura, Sri Lanka, Malaysia, Indonesia dan Thailand, di mana daunnya secara tradisional digunakan dalam masakan enak dan manis untuk menambah rasa nasi, kari, susu, kek, puding dan ais krim. Ia juga digunakan untuk menambah rasa masakan ternakan, daging atau ikan, udang, kekacang, jeruk, dan juga jeli serta manisan.
Daun Pasli berwarna terdapat dalam bentuk bengkok atau rata. Ia mempunyai rasa herba yang segar dan sering digunakan di dalam masakan sebagai bahan perasa atau hiasan hidangan. Pasli yang berdaun bengkok mempunyai rasa lebih dingin berbanding daun rata yang mempunyai rasa pedas dan beraromatik. Daun yang bengkok lebih banyak digunakan sebagai hiasan sementara daun yang rata sebagai bahan perasa ke dalam salad dan kuah sos. Herba ini elok digunakan segar tetapi terdapat juga dalam bentuk kering cuma ia kurang rasa dan aroma.
Herba yang berperisa segar dan dingin ini terdapat di dalam pelbagai bentuk. Ia digunakan untuk menambah rasa ke dalam pencuci mulut, teh, dan masakan daging terutamanya kambing. Peppermint dan Spearmint adalah dua jenis pudina yang biasa. Peppermint mempunyai rasa lebih tajam dan kuat yang sering digunakan dalam menambah rasa teh, gula-gula, gula getah, minyak dan lain-lain. Spearmint pula mempunyai rasa yang lebih dingin dan kurang menyerlah, menjadikannya sesuai untuk menambah rasa ke dalam jeli pudina dan sos pudina. Pudina dengan nama buah-buahan seperti epal pudina, oren pudina dan nenas pudina mempunyai rasa buah-buahan dan lebih manis dengan oren dan nenas memberikan rasa ‘limau kemasaman’. Untuk masakan, tanaman peppermint pudina adalah terlalu kuat. Hanya tuaikan daun yang muda kerana daun yang tua memberi rasa yang agak pahit. Spearmint lebih sesuai digunakan dalam masakan kerana rasanya yang lebih lembut berbanding peppermint. Ia digunakan untuk menambah rasa ke dalam masakan daging, ikan dan juga sayuran.
Daun selaseh atau kemagi adalah daun kering daripada pokok herba, Ocimum basilicum, salah satu saudara daripada keluarga pudina. Daun ini mempunyai rasa hampir serupa dengan bunga lawang, dengan aroma yang manis yang tajam atau menusuk. Daun ini sesuai digunakan ketika segar. Untuk mengekalkan rasa segarnya, daun selaseh dimasukkan ke dalam masakan di saat akhir kerana rasanya boleh pudar. Rasanya yang manis dan segar elok digunakan di dalam masakan sup dan stew, sebagai bahan perapan, bahan campuran untuk masakan ternakan, dan kuah sos. Apabila dicampur pada waktu terakhir ketika memasak, daun selaseh dapat meningkatkan rasa masakan sayuran. Aromanya yang seakan cengkih, dan kebolehannya meresap, menyebabkan daun ini sesuai untuk tomato hingga digelar ‘daun herba tomato’. Ia juga sesuai digunakan bersama terung, zucchini (labu bulu), labu dan bayam.
Daun salam digunakan terutama sebagai rempah pengharum masakan di sejumlah negeri di Asia Tenggara, baik untuk masakan daging, ikan, sayur mayur, maupun nasi. Daun ini dicampurkan dalam keadaan utuh, kering atau pun segar, dan turut dimasak hingga makanan tersebut matang. [4] Rempah ini memberikan aroma herba yang khas namun tidak keras. Di pasar dan di dapur, salam kerap dipasangkan dengan laos alias lengkuas.
Daun yang mempunyai aroma yang digunakan di dalam masakan sama ada digunakan segar atau daun tersebut dikeringkan.
Daun sup di Asia adalah lebih halus, berwarna hijau gelap dan mempunyai rasa lebih kuat berbanding daun sup Barat yang lebih tebal dan berwarna hijau terang. Daun sup mempunyai rasa yang hampir sama dengan daun pasli, dan banyak digunakan sebagai bahan perasa berbanding dimakan mentah. Daun Sup megandungi kandungan protein yang banyak. Kadang-kala daun ini dipotong dan digunakan sebagai bahan perasa tetapi selalunya dicampurkan ke dalam sup atau kuah sos.
Daun muda dan pucuk ubi keledek dimakan sebagai sejenis sayuran. Daun ini dianggap sebagai sayuran yang murah dan kasar. Namun ia merupakan sumber yang baik untuk vitamin A, C dan B2, serta lutein. Ia juga kaya dengan protein maka menjadi sayuran yang elok untuk dimakan setelah memakan ubi-ubi yang kurang nutrisi.
Daun Saderi atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.
Pokok Bawang merupakan sejenis pokok sayuran dan tidak mempunyai batang yang berkayu. Ia banyak terdapat di pasar. Pokok Bawang digunakan sebagai perencah dalam masakan kerana ia memberikan bau harum dan mempunyai rasa yang enak.
:: Durian ::
Durian selalunya diberi nama jolokan ‘Raja Buah’. Baunya yang unik akan menjadi tarikan tarikan pertama kepada durian. Ada yang tidak kisah dengan baunya, dan ada pula sebaliknya. Ada yang sangat sukakan durian, dan ada pula sebaliknya. Isinya tebal, lembut, dan berkrim – rasanya sangat digemari oleh mereka yang tidak kisah dengan baunya. Durian yang elok mempunyai rasa yang manis dan tekstur yang lembut seperti kastad dan vanilla, seolah-olah krim karamel atau kastad pisang. Durian juga diawet dan dijadikan bahan perisa untuk ais krim dan gula-gula. Durian akan memanaskan badan, oleh kerana itu, selalunya pesta durian akan diikuti dengan manggis yang menyejukkan.
:: Durian Belanda ::
Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya. Isi durian belanda berwarna putih, mempunyai rasa yang manis dan sedikit tajam, dan teksturnya kadang-kala sedikit liat. Ia sesuai dijadikan jus, smoothie, dan ais krim. Isinya dikisar bersama ais dan susu untuk dijadikan minuman yang menyelerakan. Durian Belanda mempunya biji yang besar, keras, berwarna hitam atau coklat gelap, dan tidak boleh dimakan. Bijinya dikatakan mempunyai toksik. Dari segi nutrisi, durian belanda mengandungi kadar karbohidrat dan fruktose yang tinggi. Ia juga kaya dengan vitamin C, B1, dan B2.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.