Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, June 01, 2011

Petua Memutihkan Laksa

Bahan2nya:
Asam keping
Semangkuk air

Cara2nya:
1.       Mula-mula, rendam dahulu laksa bersama asam keping di dalam air.
2.       Biarkan semalaman.
3.       Keesokan harinya, bolehlah anda rebuskan laksa tersebut seperti biasa.

Petua Menyegarkan Sayuran

Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur.

Petua Mengupas Telur Dgn Mudah

Untuk memudahkan telur dikupas, selepas telur direbus dan masak angkat, kemudian pecahkan kulit telur dan rendam dalam air sebentar. Selepas itu bolehlah dikupas kulitnya di bawah air paip yg mengalir untuk memudahkan proses mengupas. Pasti anda akan terasa mudah mengupas dan menanggalkan telur dari kulitnya.

Tips Merebus Telur

 1.           Masukkan telur ke dalam periuk. Kemudian masukkan air. Tutupkan periuk. Jumlah air biarlah telur hampir-hampir tenggelam keseluruhannya. Masak sehingga air mendidih dan padamkan api dengan segera.
2.             Separuh masak.
Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 5 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais.
3.             ¾ masak.
Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk.
4.             Masak penuh(keras).
Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 15 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk. (Kalau tak nak rendam pun dah tak kisah.

Petua Nasi Lambat Basi

Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit garam halus. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa. 

Petua Melembutkan Daging

Terdapat beberapa petua untuk melembutkan daging ketika memasak.
Antaranya ialah: 

1.             Rebus daging bersama satu cawan air kelapa hingga lembut. Kemudian masak seperti biasa. 
2.             Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa. 
3.             Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk. 
4.             Rebus daging bersama akar daun pandan yang telah dicuci bersih. Kemudian masak daging seperti biasa. 
5.             Rebus daging bersama daun nangka atau daun betik. Kemudian masak daging seperti biasa.

Petua Menyukat Air Untuk Beras

Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari. Kemudian masukkan air pula yang jumlahn sukatannya sama dengan sukatan beras.

Petua Menghilangkan Hanyir Daging

Ada orang tidak makan daging kerana tidak suka bau hanyirnya. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah basuh daging dengan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba.

Petua Bersihkan Getah Nangka

Gulai lemak nangka sememangnya merupakan hidangan yang cukup menyelerakan. Tetapi permukaan dalam periuk yang digunakan untuk merebus nangka tersebut seringkali meninggalkan kesan getah nangka yang sukar untuk dicuci. Cuba gosokkan periuk tersebut dengan sedikit minyak masak dan cuci sehingga bersih. Hasilnya getah nangka akan hilang.

Petua Menghilangkan Hanyir Ikan Sungai/ Darat

Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.