Tuesday, May 03, 2011

:: F ::

:: Fennel / Adas / jintan ::

English: Fennel
Ialah satu spesies pokok ulam dalam genus Foeniculum (diolahkan sebagai spesies yang tunggal oleh banyak ahli botani) yang berasal daripada Eropah selatan (khususnya Laut Mediterranean) dan Asia barat daya. Pokok ini adalah ahli famili Apiaceae (dahulu Umbelliferae). Nama botaninya  ialah Foeniculum vulgare. Pokok Adas ialah herba saka yang berbau amat harum, berwarna hijau kuning, tegak, dan bertumbuh sehingga dua meter tinggi. daun bertumbuh sehingga 40 sentimeter  panjang. Buahnya adalah biji  kering dari 4 hingga 9 milimeter panjang, dengan lebar separuh panjangnya, dan mempunyai alur. Bijinya yang dikeringkan dikenali sebagai jintan manis. Batang nya juga boleh di masak secara panggang dan sup. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus.


:: Fermentasi ::
English: Fermentation
Tempoh masa diberikan kepada adunan beryis sebelum dibahagi, dibentuk dan dibakar. Proses ini berlaku apabila enzim yis menyuraikan gula untuk menghasilkan karbondioksida dan menghasilkan buih-buih udara yang menyebabkan doh mengembang. Dua kali fermentasi diperlukan untuk membuat roti atau pau.


:: Fondan ::
English: Fondant
Doh lembut yang diperbuat dari gula aising, gelatin, gliserin dan ditambah perisa. Digunakan untuk membalut kek perkahwinan atau pertunangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.